Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai BABYWEARING! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan mengenainya. Mei Theng adalah Pakar Perunding Bayi Bertauliah dari The School of Babywearing UK yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 22 November 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan. Nantikan artikel pakar oleh Mei Theng dan giveaway hebat pada hari Isnin, 25 November 2019!

Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Sesuai kah baby 3 bulan pakai carrier instead of pakai sling type?

6y ago

Hi! Sling type maksudnya ring sling ke? Ring sling boleh digunakan dari newborn. Posisi yang digunakan ialah upright center (tegak dan di tengah tengah dada ibu bapa) atau slightly off-center. Untuk umur 3 bulan, tidak digalakkan mengguna ring sling di posisi hip carry (di atas pinggul ibu bapa) sebab posisi bayi menjadi lebih rendah dan mungkin sukar untuk ibu bapa memerhatikan pernafasan bayi.