Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai BABYWEARING! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan mengenainya. Mei Theng adalah Pakar Perunding Bayi Bertauliah dari The School of Babywearing UK yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 22 November 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan. Nantikan artikel pakar oleh Mei Theng dan giveaway hebat pada hari Isnin, 25 November 2019!

Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

- Ciri2 babywearing atau baby carrier yang safety compliance. - Bad and good position of baby inside.

6y ago

Hi. Secara umumnya, baby carrier yang dijual di USA dan Europe sudah lulus babywearing regulation yang berkaitan. Untuk brand tempatan, ada yang telah lulus regulation overseas seperti Daiesu. Jika tidak, baby carriernya telah dicuba oleh sekumpulan babywearing consultant dan/atau experienced babywearer seperti kumpulan Facebook Malaysian Babywearers Official dan Malaysian Babywearers untuk memastikan reka bentuknya sesuai untuk menyokong tumbesaran pinggul dan tulang belakang bayi yang sihat dan optimum, penggunaan bahan yang kukuh, fabric yang mana pewarnanya adalah selamat untuk bayi dan jahitan yang kukuh. Posisi bayi yang baik ialah tegak di tengah dada ibu bapa sambil menghadap ibu bapa dengan pinggulnya dalam posisi-M dan tulang belakangnya disokong, dan juga memenuhi TICKS.