Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai BABYWEARING! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan mengenainya. Mei Theng adalah Pakar Perunding Bayi Bertauliah dari The School of Babywearing UK yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 22 November 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan. Nantikan artikel pakar oleh Mei Theng dan giveaway hebat pada hari Isnin, 25 November 2019!

Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Memang tengah mencari jawapan ni 😍 Berapa lama sy boleh guna babywearing? Ada had berat bayi tak?

6y ago

Hi. Tempoh babywearing dalam satu sesi bergantung kepada stamina badan ibu bapa. Saya rasa soalan kamu lebih merujuk kepada tempoh masa kamu boleh mengguna 1 baby carrier dalam 1 hayat produk. Secara umumnya, baby carrier telah diuji dari segi kemampuannya menampung berat maksima seperti 12kg untuk stretchy wraps, 15kg untuk ring slings, 20kg untuk soft structured carriers. Sentiasa merujuk kepada manufacturer untuk maklumat ini. Untuk jenis baby carrier yang boleh guna dengan paling lama, jawapannya woven wrap yang panjang kerana kamu boleh menggunakan variasi pemakaiannya secara multi-layered. Contoh seperti gambar saya dalam pengumuman di atas - saya mengguna cotton gauze woven wrap dalam Front Wrap Cross Carry with spread passes variation.