risiko ubat perancang sebulan selepas bersalin
hai dan assalamualaikum mommies, saya cuma nak share satu pengalaman saya jika satu hari nanti mommies atau kenalan menghadapi perkara sama, atau mungkin sekadar untuk pengetahuan umum. saya melahirkan bayi late premature sekitar umur 35 minggu. semasa checkup anak dan mak waktu baby umur sebulan, saya checkup di KK kampung kerana masih berpantang di rumah mak saya. waktu tu nurse cadangkan saya mengambil suntikan perancang (depo) siap siap dan bekalkan buku perancang tu pada saya untuk di passkan kepada KK tempat tinggal saya. next appt checkup KK yang diberikan kepada saya di KK tempat tinggal adalah sewaktu baby saya 2 bulan, dan saya passkan buku perancang tersebut dan confirmkan semula tarikh next appt cucuk perancang yang seterusnya dengan nurse. tapi nurse KK tu dia agak terkejut dan pesan kepada saya lebih kurang macam ni. “sepatutnya elakkan ambil perancang dalam jangka masa anak umur satu bulan atau kurang, terutama jika menyusu badan. sebab paru paru bayi masih tak cukup matang untuk tampung kandungan yang ada dalam ubat tersebut, terutama sekali bayi pramatang. bila menyusu badan, bahan bahan dalam ubat tersebut auto mengalir dalam badan dia juga.” selain tu bila ambil terlalu awal, belum habis tempoh darah nifas, kita jadi taktahu bila sebenarnya darah period mula. kadang separuh jalan nak habiskan 44 hari tu darah dah kering, tapi tiba tiba seminggu sebelum habis 44 hari tu keluar balik darah banyak. kita jadi confuse “eh ni darah nifas ke darah period”. jadi mommies boleh minta hold dulu kalau di offer ambil perancang sebelum habis tempoh berpantang ya. semoga info ini dapat memberi manfaat kepada mommies di luar sana.



