Hai , Assalamualaikum. saya firstmom saja nak share harini hari ke 6 selepas bersalin. baby overdue 40weeks 6days and secara normal. Ntah lah 2 hari saya sedih. touching menangis meluah dekat suami. sampai saya sendiri pun pelik dengan emosi saya yg fragile , waktu pregnant bukan main lasak lagi, takde pula nak touching ke apa ke. bukan sebab apa pun sedih sebab rasa tak boleh nak buat bantu bantu suami efisyen macam dulu rasa sakit dekat jahitan epi tu. so bila nak bergerak semua jadi lambat. saya hanya dapat banyak baring sahaja. hmmmm. bila lah agaknya akan sembuh ye. suami yg buat semua benda. bila tahu dia kena masuk kerja esok makinlah saya overthinking. say drumah mak ayah saya tapi yalah mereka dah tua. so mmg xbole nak bantu saya. suami sajalah seorang yg buat semua benda. Doakan kami cepat sembuh kuat tabah juga.