Terima Kasih Menjadi Rujukan 38weeks

Gelap Dunia saya 38weeks usia kandungan disahkan bayi meninggal dunia. Begitu drastik, berkecai jiwa raga. Baby masih dlm Rahim sy, esok prosedur melahirkan. Doakan sy & suami kuat. Terima kasih apps ini menjadi rujukan sy sepanjang 38weeks. Tiba masa undur diri. Sy doakan sahabat & ibu yg sedang berjuang Semoga Selamat dipermudahkan urusan. 😭😭😭

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Salam takziah puan, ingatlah yang ini mungkin satu ujian daripada Allah dan pada masa yang sama ia adalah Rahmat Allah yang besar kepada manusia. . Allah tahu, sekiranya anak yang lahir itu tidak sempurna sifatnya, kita pasti akan tidak tertanggung ujian yang Allah beri. Oleh itu, di sebalik tangisan, kekecewaan dan kekesalan, adalah lebih baik berdoa agar diberikan Allah yang lebih baik dan sempurna. . Semakin berat ujian semakin besar pahala dan hikmahnya. Dan semakin tinggi iman seseorang atau sebuah keluarga semakin berat pula ujiannya. . “Demi Allah,” sabda Rasulullah sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Majah, “sesungguhnya janin yang keguguran akan membawa ibunya ke syurga dengan tali pusarnya, jika ibunya itu ikhlas.” . Subhaanallah. Demikian luar biasa pahala dan hikmah keguguran. Jika ujian itu dihadapi dengan ikhlas, sang ibu akan masuk syurga kerananya. Sebuah balasan yang sangat mulia dan mahal nilainya. . . . Janganlah bersedih Pahala menunggu disana ✨ . Kredit Penulis Asal

Baca lagi