Anak nak masuk 11 bulan. Tak makan langsung dari 6 bulan
Fully bf. Tolonglah bagitau saya apa cara lagi kena buat. Hari2 bagai nak gila dah dibuatnya. Saya sedih, stress, mental tak berapa nak okay dah disebabkan anak taknak makan langsung dari 6bulan sehingga dah nak masuk 11bulan!! Berat semakin susut. Terlalu aktif & melasak. Gantung sana sini, sebulan dua lagi nk dapat kaki pula. Lagi lah aktif. Btw, anak dah 4batang gigi. Last timbang berat anak normal BMI normal. Tapi sekarang dah stuck dkt berat yg sama masa dia 7bulan. Now 11bulan 7.8kg. Babyboy. Sebelum ada yg tanya soalan/bg tips yg saya dah cuba, jadi saya nak list terus apa yg saya sudah try kat bawah ni. 1. Oral stimulation. 2. Grounding 3. Menu finger food 4. Messy eating 5. Blw 6. Fruits 7. Adding sweet (contoh; kurma/buah) 8. Blend nasi buat kuih apam 9. Cuci mulut & lidah 10. Pasta/Nasi/Mirepoix/butter 11. Makan bersama-sama. 12. Tunjuk cara kunyah pada baby Kesemua ini dah saya cuba ya. Cuba bgtau lagi apa lagi yg saya PERLU BUAT? Untuk bagi anak buka mulut dan MAKAN 😭 Sampai bila dia nk bergantung pada susu saya sahaja? Tidur malam tak berapa lena sbb asyik nak susu saya. Tahu pun lapar!! Saya nk rehat juga 😭😭 sepatutnya baby lain can sleep through the night or terjaga sekali dua sahaja utk susu bila dah start makan 4-5kali sehari. Tapi tidak pada anak saya! Sedih sedihhh sedihhhh. Apa salah saya agaknya 😓 Menangis melalak macam kena dera bila saya nak suap makanan. Bila agaknya otot mulut dia nak gerak kalau langsung tk guna. Nak bercakap nanti pula macam mana. Semua ni mempengaruhi banyak perkara. Saya sedih ya allah, saya penat sangat. Penat memasak itu ini tapi langsung tak makan. Sampai diri saya stress, tak terurus, tak makan sbb terlampau stress. #Needadvice #help