17 Balas

nenas tu boleh ja makan..mak mertua saya kata nenas tu buang mata nenas tu yg tajam2 tu yg bahaya utk ibu pregnant nenas tu tak tajam pun..mata nenas tu yg tajam..macam kopi tu pun xsalah aih minum boleh ja tapi berpada2 la minum..air tebu seeloknya elakkan minum bg kandungan besar sikit insyaAllah boleh..kalau air milo air coklat2 tu doktor pakar pernah cakap kat saya jgn kerap minum boleh menyebabkan HB ibu pregnant low tu ja..bukan tak boleh langsung boleh kurangkan jer.takdak la sangat pantang larang makan atau minum ibu mengandung ni..mak mertua saya zaman dulu dia cerita mengandung anknya yg no 5..dia boleh makan buah nenas ja makanan lain tak boleh dia p kerja makan sikit ja utk alas perut lps tu sampai tmpat kerja kepak sikit lagi nenas makan..alhamdulillah kandungan ok ja..la ni anknya dah umur 32tahun dah.membesar dgn elok ja..yg penting buang mata nenas tu betul2..

Sebagai ibu yang mengandung, adalah penting untuk memilih makanan yang sihat dan bersih untuk memastikan kesihatan baik ibu dan bayi. Terdapat beberapa makanan yang perlu dielakkan semasa mengandung: 1. Makanan laut tinggi merkuri seperti tuna, haiwan laut besar. 2. Makanan mentah seperti sushi, telur mentah. 3. Minuman beralkohol dan kafein. 4. Makanan berlemak tinggi dan bergoreng. 5. Makanan segera dan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna. 6. Buah-buahan beri yang tidak dicuci dengan bersih. 7. Makanan berperisa terlalu kuat atau berbahan kimia. Pastikan untuk mendapatkan nasihat yang tepat dari pakar kesihatan sekiranya ada sebarang ketidakpastian mengenai makanan yang boleh atau tidak boleh dimakan semasa mengandung. Semoga menjaga kesihatan dan keselamatan anda dan bayi yang dikandung. https://invl.io/cll7hzz

Boleh je makan. Nenas tu semua mitos je. I masa early pregnancy was served with refreshments juice. Minum punya minum sampai 2 glasses. Dah tu baru tanya apa ingredients? Rupanya nenas! Hahahaha elok je. Also sy suka makan buah betik. Tgh makan, org tegur takleh makan. Sy makan je. Alhamdulillah okay je.. Jgn dengar sgt mitos2 ni 😂 your body knows you better. Maknanya, you know what your body can and cannot take. For me, I takleh go with coffee during pregnancy. I akan pening. So I elakkan. Whatever my body rasa okay and happy, I makan jela. As long as berpada2. Yg mana yg bila I makan, my body mcm unhappy like pening ke apa, I stop la 😊 Semua orang berbeza. Good luck in getting to know your body 🤍

memang ada benda2 yg research says boleh menyebabkan keguguran, tapi semua kalau ambil dalam kuantiti yg banyak ie ekstrak atau melebih2 makannya macam nenas, moringga, kopi etc. kalau pregnancy sihat baby sihat badan kita pun sihat, makan je macam biasa inshaAllah okay. kurangkan makanan segera, makanan bertin, yg banyak pengawet, simple carbs, ikan2 high mercury mcm tuna, ikan mentah macam sushi/sashimi, salad ulam2 kalau nak makan make sure basuh betul2 bersih. kalau ada kucing minta orang lain bersihkan cat litter, najis kucing boleh jadi carrier toxoplasmosis.

klau baru lgi kandungan jaga la ya..durian pn xblh terlalu banyak..rmai yg ambil mudah ckp takda apa2 pntang . sebab tak jadi apaa kan..kalau jadi skli mnyesal tk guna ..brapa bnyak kes da jdi gugur sbab mkn itu la ini laa ..mngkin bdn org lain bole tpi kita x bole..seeloknya jaga jee

gynea sy ckp semua benda boleh mkn xde pntang2😅 tp 1st tri alahan apa pn tak blh mkn. 2nd sy mslh kulit jd control mkn. 3rd dgn nenas betik muda sy bantai semua. tp jgn mkn awl sgt sy mkn bila dh msuk 37week sbb mmg betik muda ada efect contraction utk sy.

kena strictly pantang makanan tak berkhasiat. mkn harini masa mengandung ni bw pengaruh pada pola mkn anak nanti. tk nak stress anak tk cukup berat tinggi lilit kepala, mkn elok2 cukup nutrisi sekarang

Saya pantang masa 1st trimester je, sebab fragile lagi kan. Jangan makan pedas, benda2 sejuk, tajam mcm serai cuka, air kopi coklat teh tak minum. Lepas habis 1st trimester sy makan je semua 😂

Byakkan makan peria kot 😬 saya setiap minggu mesti 2kali la masak peria. Manis2 tu mmg hari2 🫠 kek aiskrim air manis. alhamdulillah la tak sangkut walaupun 2kali dah minum air gula sbb berat naik mendadak sgt.

saya makan n minum mcm biasa. semua pantang larang tu mitos je. makanan tu bukan direct masuk ke baby. masuk dlm usus kita dulu, nutrition je yg convert masuk ke placenta jadi makanan utk baby.

Sy mkn je smua sis.. nenas air kelapa semua tu doctor kata xde kaitan pn yg blh buat gugur.. cuma cafein mmg sy x ambl sbb blh ganggu pnyerapan iron, nti HB rendah

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan