Alone but not alone
First time mom here. Berpantang dh 42 hari. Anyone boleh relate tak kita since beranak ni rasa mcm dh tak syg suami dh. Rasa meluat benci pun ada. Kita ngn suami pjj. Suami busy kerja kdg kdg tak chat tak call tak vc satu hari. Chat pun nak update itu ini ja. Dia kata busy tp sempat lepak ngn kwn, sempat main bola, reply komen kwn kwn kt fb tp ngn kita dia kata dia banyak kerja. Nafkah keperluan sy and baby mmg dia tak culas cuma sy masa tu takda utk sy and baby. Sy kosong sy sunyi takda tmpt nk bcakap nk mluah nak sharing. Dgn family pun sy cepat terasa cepat marah. Nak nak lagi penat tak ckp tido tak ckp makan time berpantang ni kan. Is this postpartum depression? If yes what can I do utk bertenang and be positive? #firstmom #bantujawab #1sttimemomafeeling
Mungkin rasa burn out sis.. mana tak, baru je beranak tapi 24 jam kita diperlukan oleh baby kita. Walaupun penat tapi takde org lain pulak yang akan tengokkan baby 😢 mommy terpaksa kuatkan fizikal & mental walaupun sbnrnya sangat penat. Faham sis sebab masa sy berpantang, rasa geram dgn suami sebab dia masih boleh balik ke rutin harian dia. Kita ni pulak dah la tak cukup tido, badan masih lemah, stretch mark lagi, darah masih keluar la, ehh aku pulak yg kena tukar pampers baby mandikan baby & lain2. Tapi masa ni terpaksa jujur dgn husband bagitau perasaan, tak puas hati sebab dia masih sama macam sebelum baby lahir tapi kita ni terpaksa jadi a totally new person! Lepas tu barulah husband lebih banyak tolong, bila dah habis pantang selalu bawak kita jalan2 supaya happy. Mungkin sis boleh bagitau isi hati sis, jadi wanita bukannya auto hebat jadi mommy. Kalau dia first time father, kita ni pun first time mother (bukannya senang!). Kena tanya suami mana priority dia, mestilah new family ni kan, bukannya sibuk pg lepak2 masa org tgh pantang. Boleh bincang baik2 apa expectation kita, kita perlukan dia untuk buat apa (contoh: setiap hari mesti ada sekali vc ke), kalau chat pulak cakap la kenapa husband taknak tanya kabar ke jgn lah update itu ini je dah macam colleague. Mungkin ada bnyk lagi nasihat lain, tp ini yang sy dapat fikir skrg. Utk be positive pula, memang sangat perlu ceritakan semua ke family terdekat sis atau siapa2 yang kita percaya. Ada banyak sangat benda nak luahkan, lagi2 masa first time jadi ibu ni. Harap sis dapat cari org utk bercerita. Semoga kita sama2 sentiasa kuat & cepat sembuh, untuk baby dan untuk diri kita sendiri. (Sy pun first time mom)
Baca lagiYang duduk serumah pun banyak makan hati. Hati family pandai jaga. Hati bini ni buat bodoh jer. Xkesah penat bini. Best jadi laki. Balik2 kerja terus makan,dah tak tanya bini tu dah makan ke belum. Dah siap makan,cuci dia punya pinggan jer. Pingan cawan yang ada 2 ketul tu pejam mata jer. Punya la malas. Dah makan layan netflix anak nangis pun buat xkesah. Takde usaha nak bagi anak senyap. Just duduk pangku anak sambil main fon. Kita nk makan relax2 pun xboleh. Kena makan cepat2. Dia fikir dia punya penat jer. Bawak motor jauh2 penat, dah sampai tempat kerja duduk bwah econ kadang g tgk site penat. Atleast dia ada waktu rehat. Kita?? Takde waktu rehat langsung! Kemas rumah pun kita, basuh baju pun kita. Semua kitalah yg buat. Dia?? Kadang dia balik kerja tanya kita dah masak?? Aku nk minum air kosong pun xsempat. Apatah lg nk masak. Kadang rasa dah burn out sangat. Pernah sekali share dkt fb pasal ibu2 stress,depress. Nak tahu dia buat apa? Dia cari gaduh. Takut family dia terasa la apa lah. Aku share pasal stress,depress kot?? Apa kaitan dgn family kau??? Family kau depress ke??? Aku nk share ape2 pun xboleh konon nk jaga hati family dia padahal takde kaitan dgn family dia pun. Stress sangat2. Benda kecil pun nk bawak gaduh. Aku yang penat, letih kau yg lebih2. Nasib baik lah anak aku jenis xmeragam tidur waktu malam. Tapi tulah kadang nk rest pun kena settle hal rumah dulu. Nk settle waktu petang memang xsempat dgn anak tengah lasak.😭😭😭 #sorryterluah
Baca lagiSituasi sis same cm sy, sy pernah alami.. Setahun besarkan ank, slps bersalin baru dapat bersama.. Menjaga ank autism lagi yg sulung 4 tahun. Bersalin czer, dugaan n tekanan mmg berat. Suami jarang jumpa, 6 bulan 3 bulan sekali. Mmg perasaan tu jd kosong bila suami tak peduli. Lps sy berkeras tuk kami duduk bersama, atau lepaskan sy. Sy dapat tahu die kawin lain hampir 2 tahun.. Iaitu anak sy baru nak masuk 3 bulan 😢 Sbb tu lah,die sibuk dan kadang2 sehari 2 hari ignore sy. Dan jadi gaduh, smp seminggu tak mesej pun die tak kisahkan kami. Itulah lelaki yg tak rase tanggungjawab sebagai suami atau ketua keluarga. Saranan sy, sis klu masih sayangkan hubungan n anak. Ubah sis, duduk bersama. Bertahan skjp, klu tak blh juga. Buatlah keputusan terbaik tuk besarkan anak😊
Baca lagibkn tyme pantang je awak.. sye yg anak nak msuk 2 thn pun kdg rse mcm2 kt suami.. kdg sbb kte jeles sgt dgn dye.. sbb kte 24 jam ngn anak, ape2 pun dahulukan anak.. rutin hdup kte automatik da brubah.. tp rutin suami sme je.. klu dye blek keje, dye penat, dye rehat.. dye lapar, dye mkn.. dye nak tdo, dye tdo...kte mne bley mcm tu...slagi anak x tdo, kte x tdo.. kdg bende2 kcik je da buat kte emosi sbb kte rse kte buat kerja lebih dr dye..
Baca lagiawak berpantang dengan siapa? kalau sendiri, please cari kawan. untuk sembang, luahkan penat etc. maybe belum lah sampai tahap depression, but lebih pada burn out?
Burnt out