Bleeding at 15 weeks

First bleeding 22 April 10pm, heavy flow, pergi klinik sakit puan. Scan baby ok. Ambil injection 2nd time bleeding 26 April pukul 6am (heavy flow, keluar ketulan spt jelly juga). Pergi emergency. Scan baby ada heartbeat. Doktor mintak pergi Gynae yang saya biasa check up. Scan, placenta dalam kedudukan yang baik dan baby heartbeat ok. Baby bergerak cergas Tanya Gynae sebab apa bleeding, dia pun x tahu sebab apa, since uri tak jatuh bawah. Pernah tak mommies come across dgn Subchorianic Hematoma? Tengok youtube overseas, sgt positive tentang isu ni. Mereka cakap jgn berhenti berharap. Dan mereka berjaya melahirkan Sedang mencari kata² positive dari mommies yang berjaya bersalin dgn kedatangan bleeding ini. Terima kasih

Bleeding at 15 weeks
9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

masa awal2 kandungan, sy beberapa kali keluar keputihan wrna coklat. sy fikir mungkin sbb sy stress dan penat. kalau tak silap sy ,masa 8 minggu, sy mengalami pendarahan selepas bersama dengan suami. malam tu pergi hospital, cek doktor kata mungkin luka shja sebab darah hanya 1 pad. pada tengah malam, darah y keluar dah makin kurang. tapi tiba2 keluar ketulan darah. tapi sy tak ada rasa sakit perut @ apa2. bila tanya akk ipar sy y kj nurse, die kta mungkin tu keguguran, die suruh g hospital utk cek takut ada lagi y tertinggal. so, malamnya sy pergi hospital, doktor cek mmg dah ada bukaan, dan doktor keluarkan 'sesuatu' nampak mcm janin. nampak mcm anak cicak tu. lepas keluarkan, doktor scan die kata ada lagi kantung. terus sy dibawa ke hospital pakar. katanya incomplete miscarriege. Sampai kt hospital pakar, doktor cek, byk kali, scan kt perut, 2/3 doktor gak la tgk, kata kantung ada lg, baby ada lg, scan lalu bawah pon nmpk kelip2 ada heartbeat. doktor kata sy threatened miscarriage. Alhamdulillah, baby masih selamat. tapi sampai sekarang, sy masih tak tahu apa y doktor keluarkan sebelum tu. doktor kata tunggu keputusan lab, tapi takde call takde pe da lepas tu. Tapi apa2 pon, mungkin ad hikmah disebalik tu semua. sekarang, sy lebih mghrgai kndungan ni dan nk jaga baik2.

Baca lagi
4y ago

Sama mcm saya, masa 5 minggu bleeding banyak berketul2 dan 1 kantung keluar siap dgn contraction. Tp bila scan baby saya masih ada dengan heartbeat yg bagus. Mungkin kembarnya yang turun. Doktor pun risau kalau2 yang dalam rahim pun turun & startkan sy ubat kuat rahim. Alhamdulillah sekarang kandungan sudah nak masuk 7 bulan.