Compare anak

Family in law suka compare anak sy. Anak sy boy baru 2 bulan lebih, anak ipar sy girl dah 3 bulan lebih. Anak sy susu fm dari lahir, anak ipar susu badan. Abg ipar cakap kat husb, anak sy antibodi tak kuat sebab minum fm, lambat membesar, tak macam anak dia susu badan, umur 2 bulan dah pandai nak mengiring, pastu umur 3 bulan dah pandai meniarap, siap dah cuba nak maju ke depan. Pastu pulak anak dia masa 2 bulan macam tu dah pernah masuk hospital sebab nafas tak ok, tapi anak sy alhamdulillah nak 3 bulan ni sihat tak pernah demam semua. Tapi husb tak cakap la macam tu, husb diam je. Suka hati je dia cakap anak sy macam tu. Pastu pulak sibuk ajar sy urut kaki anak supaya kuat cepat berdiri la apa la. Anak sy baru 2 bulan tau, normal la belum mampu nak berdiri tegak, pastu tiap hari memang sy urut anak sy 1 badan pakai minyak baby, baby massage. Pastu anak sy suka bedung bila tidur, dia cakap oh anak dia bebas tak suka bedung, rimas tak macam anak kau. Husb sy bawak anak pakai carrier pun dia cakap ohh anak dia tak suka duduk dalam carrier ni, padahal carrier tu nak senangkan kita dukung anak, tapi yela macam dia jela terpaling bagus dalam bab jaga anak ni. Geram sy dibuatnya. Sy ada baca yang anak lelaki masa baby, memang agak slow development dia compare dengan baby girl, tapi setiap baby kan lain lain, ada yang cepat ada yang lambat. Lagi satu, MIL pun suka cakap negative kat anak sy, masa dia bagi anak sy minum botol, dia sibuk suruh anak sy pegang botol tu, bila anak tak pegang, dia cakap anak sy malas. Banyak kali dia ulang, anak sy malas. Kalau dukung, dia nak paksa anak sy berdiri, tapi yela kaki baby 2 bulan mana kuat, dia cakap anak sy malas nak berdiri. Anak sy lembik, itu la ini la. Ya Allah geramnyaaaa sy dia cakap anak sy macam tu. Sy asek cakap anak sy tu kecik lagi, eh kena bidas pulak dengan MIL, dia cakap dari kecik la kena ajar. Ya Allah time umur dia sekarang ni, sy banyak ajar tummytime, flashcard, ajar yang seiring dengan umur dia la. Lagipun sy housewife, memang 24jam dengan anak, sy ajar anak macam macam, dia ingat sy tak jaga cucu dia elok elok ke. Kalau family belah mak sy pulak, diorang faham sangat, anak sy kecik lagi, takde pulak cakap negatif kat anak, downgrade kan anak sy, semua cakap baik baik je. Dahlah MIL tu sibuk nak jaga anak sy kalau sy kerja nanti, sy taknak kalau boleh, yela nanti anak sy asek dengar benda negatif je. Kesian anak sy

8 Balas

Ya Allah at kesian at baby. Jgn risau mommy setiap baby akan berbeza ad yg cepat ad yg kurang lambat. Yg penting ank kita sihat. Biar ank membesar dgn cara dye. Baby saya 2 bln lebih pown mna pandai lagi pegang botol semua. Bdan baby ni x kuat lagi.. Ni lagilah nak suruh berdiri. 😅 Adoilah.. Susah nak ckp bkn x pernah beranak alahaii.. Nak sekolahkan da berumur. Maaf ye sis, jgn marah. Sebab kita ni ibu kita tau ank ni memberbeza2. Lagi2 baby yg premature lagi kena detail jaga x boleh silap. Doc kata baby premature ni pembesaran dorg mcm meniarap semua tu ikut umur bulan sebenar dorg lahir bkn tarikh yg dorg lahir🤗tapi saya percaya klau Allah nak ank kita boleh meniarap semua ikut umur ank kita skrg. Semua Allah boleh tentu kan. Don't worry sis. Biar baby belajar pelan2 n kita as parents ni enjoy the moments with our baby ❤️

Haii awak . Saya pernah rasa apa awak rasa bila di compare macamtu . Awak abaikan je . Awak ibu awak tahu mana baik untuk anak awak mana yang anak awak patut belajar ikut umur dia . Jangan dengar sangat mulut mulut in law ni . Diaorg jelah terpaling tahu macamni macamtu . Anak saya pun dari newborn minum susu formula sebab susu badan saya takde . Elok je berat tambah . SIL saya anak dia setahun tua memang full susu badan tapi berat baru 8kg anak saya 3 bulan ni nak masuk 7kg dah . So awak tak perlu pun nak dengar kata kata diaorg . Asalkan anak sihat takde masalah apa apa dag cukup bagus . Patutnya in law bersyukur cucu sihat .

awak duk sekali ea?, better duk dgn family sendiri la kot. kesian budak tuh, baby lagi da kena compare mmcm. lagipun perkembangan baby tiap org tak sama . ada yg cepat ada yg lambat, takda apa pun, dia pun baru 2bulan ja, time check up pun doktor/misi tak kata apa. janji dia sihat sudah. saya pula stress baca, apatahan lagi awak sebagai ibu dia hadap. nanti kalau awak kerja, jgn la bagi, kalau duk kata negatif je, nanti budak tuh mesti down. saya harap awak kuat n abaikan semua kata2x tuh.

sy duduk asing, tapi tiap kali husb jumpa mil, mil tanya anak kau dah pandai apa. pastu selalu nasihat suruh urut kaki jangan bagi malas berdiri. yang ipar pulak sekali sekala je jumpa dia tu. sy pun taknak bagi mil jaga anak, sebab kesian dah tua tapi mil tu dari awal kahwin dah chop anak sy. anak sy dah 6kg, mil tak larat pun nak dukung anak tu, bila sy cakap benda ni kat ipar, diorang cakap bagi jela jaga nanti mil merajuk.

entahlah sis,sy kalau bab2 in law ni mmg humphhhh lahhh😂😂sllu sgt dah pkara yg mlibatkn in law ni,tp apepun sy mmg da lalui jgak fasa yg sama mcm ni ..mmg stress sgt,kdg tak nak kesah tp tula kena kesah jugak .apepun sis kena sbr n kena kuat ,lantakkn je dorg nk kata apepun psl anak kita ,dah anak kita suka hati kita la kn ..mana yg baik kita ambik mana yg tak baik tu kita abaikan je ok,sis jgn stress2,sis shj thu ape yg tbaik utk baby sis .abaikan mlut2 org .

Pernah alami n still alami benda ni. Cara senang je. Stop jumpa n contact buat smntara waktu ni. Anak saya pun lbh kurang sama kena compare lagi la da setahun lbh compare kan dgn sepupu dia. Budak tu semua cpt: anak saya slow siap ckp anak sakit ke. Terus saya Ignore n remove je org gini. Now tenang2 je life lyn family sndi

Huhu buat taktau je sis. Bukan nak hasut, kalau belum jaga dah judge macam2 esok bila dia jaga tah apa dia buat taktau. Awak buat ikut awak je takyah peduli orang

Eish geram pulak kita dengar.. awak jangan bg tauuuu dia jaga baby awak. Ntah apa2 dibuatnye tu kang.. ada pulak suruh baby 2 bulan pegang botol aduhaiii

kesian baby.. gila apa 2 bln suh berdiri.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan