PERKONGSIAN BERSAMA #COPYPASTE

Fakta atau Mitos: Adakah Wanita perlukan JAMU selepas bersalin untuk kesihatan dalaman? Jawapannya ialah MITOS. JAMU itu bukan keperluan untuk kesihatan wanita. Ini hanya adat yang berasal dari Mataram Jawa Tengah dan tidak diamalkan oleh wanita seluruh dunia. Apa yang penting untuk kesihatan wanita ialah: 1) Mencegah obesiti, mencegah diabetes, mencegah tekanan darah tinggi, penyusuan bayi secara eksclusif dan bersenam dengan kerap seumur hidup untuk mencegah kanser dinding rahim atau endometrial cancer. 2) Mencegah obesiti, penyusuan bayi secara eksclusif dan bersenam dengan kerap seumur hidup untuk mencegah kanser ovari. 3) HPV vaksin, Ujian saringan Pap smear atau HPV test dan jangan merokok untuk mencegah kanser pangkal rahim atau Cervical cancer. 4) Senaman kemut-kemut/Kegels, mencegah obesiti, elak mengangkat berat dan jangan merokok untuk mencegah peranakan jatuh atau tombong atau pelvic organ prolapse. 5) Jumpa Doktor Gynae untuk rawatan jika anda ada haid tidak teratur yang disebabkan oleh PCOS untuk mencegah kanser dinding rahim atau endometrial cancer. 6) Jumpa Doktor Gynae untuk pemeriksaan jika ada pendarahan di antara haid, pendarahan selepas menopos, haid yang berpanjangan melebihi 15 hari, haid yang terlalu banyak, haid yang terlalu sakit, keputihan yang berubah menjadi hijau/kelabu/terlalu banyak/berbau. 7) Jangan meruang atau memasukkan produk mencuci ke dalam ruang vagina supaya tak beri sendiri penyakit bacterial vaginosis. 8)Merancang keluarga untuk menjarakkan kehamilan. 9) Bersenam dengan kerap, mencegah obesiti, penyusuan bayi secara eksklusif, belajar memeriksa payudara sendiri dan ujian saringan mamogram selepas usia 40 tahun untuk kesihatan payudara. 10)Jangan beli produk hormon sebarangan tanpa preskripsi doktor. Semoga kesihatan wanita ditingkatkan lagi. Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan