Dulu² masa sehari lepas nikah, Tok Kadi kat sini mmg akan minta pasangan pengantin baru tu datang sendiri utk ambil sijil nikah. Masa mula² sampai, Tok Kadi tu panggil saya dulu, tanpa suami. Dia suruh suami tunggu kat luar. Maka saya pun dgn rasa pelik bin hairan, masuklah ke pejabat Tok Kadi tu. Dah kenapa nak saya masuk seorang diri pulak?
Soalan pertama Tok Kadi tu tanya,
"Apa tugas isteri?"
Saya jawab, "Patuh kpd suami, menyediakan keperluan suami,"
Tok Kadi tu tanya lagi,
"Dalam rumahtangga, siapa yg kena buat kerja rumah?"
Saya dgn naifnya menjawab, "Isteri,"
Tok Kadi tu tanya lagi,
"Siapa yg kena memasak?"
Saya masih jawab, "Isteri,"
Tok Kadi tanya terus,
"Siapa kena basuh kain?"
Dan saya masih jawab, "Isteri,"
Tok Kadi tu tanya lagi,
"Siapa kena jaga anak?"
Dan saya masih jawab, "Isteri,"
Tok Kadi tu tanya, "Kenapa isteri?"
Saya diam kejap cari jawapan. Lepas tu saya jawab, "Sebab dari dulu selalu tengok mak yg buat semua tu,"
Tok Kadi tu geleng kepala. Saya dah salah jawab ke?
Lepas tu Tok Kadi tu suruh saya panggilkan suami saya. Tok Kadi tanya kat suami saya,
"Kalau seorang suami menyidai kain, apa org keliling akan cakap?"
Suami saya jawab, "Isterinya queen kontrol,"
Saya tersenyum gelihati dgn jawapan suami saya.
Tok Kadi tu tanya lagi,
"Sepatutnya siapa yg kena buat semua kerja rumah?"
Suami saya jawab, "Suami,"
Masa ni saya gelak terus sebab ingatkan jawapan dia salah. ?
Dan Tok Kadi tu anggukkan kepala sambil senyum. "Bagus kalau kamu tahu tugas kamu," Dan dia serahkan sijil nikah kami tanpa soalan lain. Masa tu saya kerutkan dahi. Jawapan suami saya betul?
Masa tu baru saya tahu, kerja rumah adalah tugas suami. Itupun suami saya yg beritahu. Jika isteri yg buat, itu adalah ehsannya terhadap suami. Suami boleh suruh tapi tak boleh marah isteri jika isteri taknak buat. Tapi selalunya isteri akan buat tanpa disuruh kerana isteri tu dah diterapkan sejak dulu, kerja rumah kerja isteri, bukan suami sebab itu yg diajar sejak dulu.
Dulu, isteri duduk di rumah, suami keluar bekerja. Dah tentulah isteri buat kerja rumah walaupun itu bukan kerjanya.
Sekarang, samada isteri bekerja atau tak, cabarannya tak sama mcm dulu. Nak pulak dpt suami yg tak tahu soal agama. Yg dia tahu, suami punyai kuasa mutlak terhadap isteri. Yg dia tahu, isteri kena ikut cakap suami. Yg dia tahu, isteri berdosa kalau tak ikut cakap suami.
Kita terlalu mengikut LUMRAH & ADAT,
Sampai lupa pada HAKIKAT.
Malu bila suami dilihat buat kerja rumah, takut nanti orang kata kita ni isteri yg kontrol suami, takut org kata suami tu dayus. Kalau dgn kawan2 pulak, takut nanti digelar takutkan isteri. Sedangkan Rasulullah pun buat kerja rumah. Rasulullah pun jahit sendiri jubahnya yg koyak. Tak malu dgn Rasulullah ke?
Lebih sedih bila keluarga suami pun tak tahu pasal ni. Bila anak lelakinya buat kerja rumah, menantu perempuan dah dipandang macam hantu dah. Sedangkan sepatutnya dia bangga kerana anak lelakinya mengikut sikap Rasulullah.
Bila rumah selerak, org kata isteri yg malas.
Bila anak² selekeh, org kata mak tak pandai jaga anak.
Bila selalu beli makanan kat kedai, org kata isteri tak pandai masak.
Bila semua suami buat, org kata tak guna ada isteri.
Penat dengar apa org kata. Cuba sedaya upaya supaya org tak mengata. Sampai lupa apa Allah kata.
Itu yg buat kebanyakan isteri memberontak. Bukan sbb benci tapi sbb penat kerana ehsannya tak dihargai. Nak lawan, takut berdosa. Tak buat kerja nanti, takut suami marah. Suami marah, berdosa jugak. Sampai satu masa, buat sesuatu tu sbb kena buat, bukan sbb ehsan lagi. Maka, ikhlas pun hilang. Bila ikhlas hilang, tu yg dah tak pandai cakap elok² kat suami, tak tau nak senyum kat suami, tak tau nak beromantika dgn suami. Semuanya dah takde yg manis.
Jadi, bila isteri buat perangai, carilah puncanya. Isteri takkan cakap, sebab dia dah penat. Penat nak ajar imamnya sendiri. Penat nak ajar suami bagaimana nak jaga isteri. Penat nak ajar pemegang kunci pintu syurganya. Cakap kang dikata mengada², terlebih cakap nanti, dosa jugak. Ajar suami nanti, calar pulak ego suami tu. Serba salah. Jadi, kalau tak pandai, pergi masjid, solat jemaah, cari ustaz dan tanya ustaz.
Wahai suami, jgn terlalu ambil kesempatan di atas ehsannya seorang isteri. Samada isteri tu halalkan ehsannya atau tidak, kamu tetap akan ditanya kelak..
❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Kredit Nurul Hidayah
mira asyura