Knp ya saya bbrp harini dh tak makan goreng2, asam2, minum susu, pedas tp angin dlm badan masih ada?

Dr kata saya ada gastrik dan perut sensitif sbb tu sy tak boleh mkn semua tu utk pulihkan balik perut dan penghadaman saya …sy dah stop juga minum yogurt hanya makan probiotik serbuk…kalau ada sesiapa ada tips lain mohon share ya🥺sy punya selera makan pun hilang ..saya penat jugak asal berak je cirit dan kerap sendawa..kesian jugak kat bby dlm perut..#firstmom #ingintahu #bantusharing

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Gangguan gastrik dan perut sensitif adalah sesuatu yang perlu diambil serius, terutama ketika anda sedang hamil. Untuk membantu pulihkan perut dan sistem penghadaman anda, berikut adalah beberapa tips yang mungkin berguna: 1. Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, termasuk makanan yang mudah dicerna seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin. Elakkan makanan yang pedas, berminyak, dan bersantan. 2. Minum air secukupnya untuk membantu proses penghadaman dan mengurangkan masalah sembelit. 3. Ambil suplemen probiotik seperti yang anda sudah lakukan, kerana ia boleh membantu mengimbangi bakteria baik dalam sistem pencernaan anda. 4. Jangan lupakan untuk berhenti mengambil makanan yang memunculkan gejala gastrik anda, walaupun ianya mungkin kesukaan anda. 5. Cuba teknik rileksasi seperti yoga atau meditasi untuk mengurangkan tekanan dan kegelisahan, yang juga boleh memberi kesan kepada sistem pencernaan anda. 6. Berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat tambahan dan rawatan yang sesuai dengan keadaan anda. Semoga tips ini dapat membantu anda meredakan masalah gastrik dan perut sensitif anda, menjaga kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Jangan ragu untuk berkongsi pengalaman anda dengan ibu-ibu lain di forum ini, kerana sokongan dan perkongsian pengalaman juga boleh memberi motivasi dan petua yang berguna. Semoga dipermudahkan segala urusan anda. #firstmom #ingintahu #bantusharing. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

sy 1st time mengandung pun badan angin teruk dan cpt sgt gastrik. tak boleh lapar kejap walau 5 minit. doktor kata angin semua tu normal sbb hormon kita berubah bila mengandung. sis elakkan je semua makanan yg buat angin dan gastrik. org kata minum la air halia, air kunyit apa segala cara utk buang angin pun pada sy tak jalan dan buat angin lg bertambah teruk + sejenis susah nak kentut bila perut berangin.

Baca lagi
TapFluencer

memang akan ambil masa untuk pulihkan perut tu sis. lagi2 bila preggy ni penghadaman kita slow down, tu yang buat gastrik makin teruk. banyakkan minum air suam ya. kalau boleh ambil vit C untuk kurangkan radang dalam badan.

6mo ago

btul ckp mummy..penghadaman kita jd slow.so amalkan mnum air suam..lepas bgn tido or nk mkn