4 Balas

anak saya pon mcm tu mse umur 1 bulan lebih check semua dkt badan kot ade serangga ke, Ade sakit ke ape ke, tak de pon. tp bila saya banyak baca pendapat pakar dan pengalaman org lain, kadang2 perubahan deria anak. tp ni only if awak dh check x de ape2 masalah (Luka,sakit,lapar,kembung, pampers basah). Bila meningkat umur deria pendengaran, deria penglihatan makin bertambah. jadi, baby nak biasa kan diri sbb pendengaran lebih peka. baby jadi x selesa sbb sblm ni x jelas sgt dia dgr. anak Sy ambik mase 2-3 minggu jgak nak adapt. alhamdulillah skrg dh masuk 2 bulan tu okay dh. cuma setiap bulan dia akan ada fasa menangis tiba2 tanpa Ade sebab. semua tu sbb perkembangan deria dan fizikal baby. baby tgh adapting. jgn risau.

itula.. ni dah sebulan lebih, saya dah makin tahu rentak anak dan anak pun ada waktu2 je dia nangis. betul la tu dia nak adapt la.. mata pun makin bersinar dan luas dah..

anak umur berapa? macam sekarang anak saya 55 hari, jadi saya dah kenal tangisan dia nak apa, now colic phase 6-8w pun so far kalau cranky boleh settle cepat tanpa nangis mengamuk teruk macam umur dia kurang sebulan dulu. l

edd anak saya 29/7 tapi lahir on 17/7. ikutkan sekarang lahir baru sebulan seminggu. Saya tak tahu nak bezakan. Lagi pula baru pertama kali jadi ibu. Malam je yg mcmtu. Siang takde pula. Lama2 mungkin tahu la kot bezakan bunyi2 dia.

Cuba awak tgk tempat bcg dia? Myb tempat bcg dia sakit agaknya. Anak sy masa tu tempat bcg dia nanah & bengkak. Anak sy pun jd mcm tu jugak. Dia jadi meragam, lagi2 malam. Tp bila dah baik, elok je...

alhamdulillah. dah okay. maybe sebab dah tahu ragam dia. tapi org kata ragam baby boleh berubah-ubah. mungkin la kot tempat bcg dia yg sakit.

ya allah sama , sedang menghadapi ni, tak tahu kenapa harini dia cukup 1 bulan 1 hari, tak pernah lagi dia mcm ni malam 🥹

tgh nak membesar kot, jadi mcm2 yg dia tgh nak adapt

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan