28 Balas

BERPUASA SEMASA HAMIL Alhamdulillah... Bertemu lagi kita, dengan Ramadhan yang Barakah. Penuh klinik kami hari minggu ini. Masing-masing mahu bertemu doktor sebelum mula berpuasa! Alhamdulillah, kami suka bila orang datang bertemu kami.. yang menghilang tak datang appointment tu yang buat kami risau! hehe Soalan favourite yang saya terima di klinik sepanjang minggu ini, adalah berkenaan berpuasa; samada dibolehkan semasa hamil/menyusu, atau tidak. Pertama kita lihat dari segi agama... Sabda Nabi Muhammad SAW, إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلاَةِ وَعَنِ الْمُسَافِرِ وَالْحَامِلِ وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ أَوِ الصِّيَامَ “Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla meringankan setengah solat untuk musafir dan meringankan puasa bagi musafir, wanita hamil dan menyusui.” Hadis riwayat An Nasai no. 2275, Ibnu Majah no. 1667, dan Ahmad 4/347. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan sahih. Menurut Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dalam tulisan beliau di http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1969-31: beliau berpendapat yang perempuan yang hamil dan menyusukan anak jika berbuka kembali kepada dua keadaan sahaja iaitu: 1. Kalau semata-mata kerana bimbang diri sendiri bolehlah dia berbuka dan qadha sahaja. 2. Kalau kasihankan kepada janin dan juga anak yang disusukannya maka bolehah dia berbuka dan membayar fidyah. Ha! Mudah dan terang penjelasan yang ada... Islam itu mudah, cuma jangan dipermudah-mudahkan! Ada sebab mengapa keringanan ini diberikan... Jom kita tinjau dari segi perubatan: Terdapat perubahan pada fisioloji ibu yang mungkin membuatkan puasa itu menjadi sedikit payah, dan dalam keadaan tertentu, merbahaya. Jom kita ulangkaji Biologi sekejap! Dari segi fisiologi: * Pengaliran darah ibu meningkat 10 kali ganda semasa hamil. Ini menyebabkan Jumlah darah bertambah lebih 1.5L dari jumlah biasa, * dan, kadar degupan jantung ibu menjadi lebih tinggi * Perlu diingat juga, kadar degupan semakin meningkat jika kurang air, (dan nadi bayi juga meningkat) KUATNYA PERTAMBAHAN KERJA JANTUNG SEORANG IBU YANG HAMIL! MasyaALLAH! * Tekanan darah ibu semasa hamil pula berubah. Ianya menjadi rendah pada 2/3 awal hamil, menyebabkan Ibu mudah merasa pitam. Sekiranya ibu tidak minum air secukupnya (dehidrasi), tekanan ini boleh menjadi lebih rendah. Ibu akan merasa lebih lemah! * Darah ibu membekalkan gula kepada bayi. * Semasa berpuasa, kandungan gula di dalam darah ibu yang hamil adalah lebih rendah, menyebabkan ibu merasa lebih cepat letih * Jika kandungan gula menjadi sangat rendah, ia boleh menyebabkan ibu menjadi loya dan muntah-muntah, lebih-lebih lagi pada peringkat awal hamil. * Darah ibu semasa hamil adalah lebih pekat bagi melindungi ibu daripada pertumpahan darah yang berlebihan semasa bersalin. * Tapi, ini juga meninggikan risiko mendapat darah beku (venous thromboembolism, atau VTE) * Risiko ini meningkat jika ibu kurang air, atau tubuh mengalami kegersangan/hypovolaemia * VTE adalah sangat merbahaya dan boleh membawa maut! * Perubahan hormon semasa hamil memperlahankan pergerakan makanan yang hadam di dalam usus, menyebabkan najis menjadi lebih keras dan masalah sembelit * Masalah ini boleh bertambah lagi jika tidak minum secukupnya. Takut pula bila baca perubahan fisioloji dan implikasinya ini kan? Tapi sebenarnya, bukan tidak boleh berpuasa... Cumanya, ibu perlu mendapatkan nasihat doktor dan pakar, minum air secukupnya, dan juga beringat untuk tidak berlebihan dalam menjalani puasa. Jika berasa letih atau tidak larat, jangan paksa diri! Dalam masa yang sama, ada kondisi yang membuatkan ibu hamil itu tidak digalakkan berpuasa sama sekali: 1. Ibu yang mepunyai risiko VTE yang sederhana atau tinggi 2. Ibu yang tidak sihat atau muntah-muntah (lebih-lebih lagi jika kerap muntah dalam semester pertama) 3. Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis dan memerlukan rawatan metformin atau insulin 4. Ibu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi seperti (pre-eclampsia, penyakit autoimmune, penyakit jantung) 5. Ibu yang janinnya mempunyai masalah pembesaran (IUGR) atau kurang air ketuban (oligohydramnios) 6. Ibu yang masih didalam 6 minggu pertama selepas bersalin (risiko VTE paling tinggi semasa ini) Berpuasa semasa Menyusu Bayi: *Tiada bukti signifikan yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengurangkan susu ibu. * Tapi kadangkala Ibu tidak dapat menahan lapar semasa menyusu, dan khuatir kesihatan diri atau bayi boleh terjejas. Yang penting, * Berbincang dengan doktor! * Minum air secukupnya. Boleh gunapakai tips KKM seperti dalam gambar * banyakkan makanan yang tinggi protein supaya kenyang lebih lama * jangan paksa diri! Moga bermanfaat! dan Selamat Berpuasa buat semua! Dr Afida Sohana Awang Soh #MedTweetMY

Penerangan dr Doktor Imelda Balchin, consultant obs & genae . https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154619862696659&id=679746658 X de kajian kuat mengatakan puasa boleh effect pembesaran baby / menyebabkan kematian . Tiada halangan untuk ibu mengandung berpuasa kalau x de masalah mcm dalam list yg dia bagi dalam article tu . Jangan sebar benda x betul . Ikut saranan doktor masing masing ye . Jangan pertikaikan org puasa atau tak . Semua atas ketahanan diri masing masing . Kalau puasa confirm menjejaskan kesihatan ibu & baby, mesti Allah dah haramkan puasa buat ibu ibu yg sedang mengandung . Islam x haramkan berpuasa utk ibu mengandung, tapi Islam haruskan berbuka utk ibu mengandung yg ada sekian sekian masalah kesihatan, ikut saranan doktor . Sekian ...

Kau ni yg emo sgt . Benda simple je kalau dia nak puasa dia tya, biaq pi lah . Kalau xde masalah x bedosa pun puasa time mengandung kalau larat kan . Yg kau ni org tya mcm tu, seolah berdosa pulak nk ckp dia beria nk puasa sbb nk seksa anak ???? Apo kau ni . Kau pulak beria nk suruh org x yah puasa jgn seksa anak . Dah kalau dia larat, apa masalahnya . Kalau larat nak puasa, puasa la . Kalau x larat mcm kau, x nk puasa x yah puasa . Yg kau emo sgt knp . Kau igt kalau kau x puasa, baby konfem ke selamat ? Semua aturan Allah kn . Jgn nk mempertikaikan benda yg kau sendiri x sure betul ke x . Kau yg meroyan skrg ni . Ape bende lah ... Baca dulu ni, baru boleh emo . https://my.theasianparent.com/selamatkah-berpuasa-ketika-hamil

Laa . Awak ni nmpk mcm bijak tau2 je dia komen utk sape padahal dia xde mention apa pun . Main tarah je . The thing is, dia ckp puasa tu seksa baby ? Kan dah bagitahu depends pada bdn msing2 n saranan doktor . Kalau awk x boleh, awk x boleh samakan semua org dgn awk . Awk tu yg kena bijak jaga emosi . Awk komen pun main tarah je sdgkn awk x tau point komen yg sy bg ye . Hahaha . Uih boleh tahu pulak bpe % betul ke salah . PERHATIAN admin TAP, ni ada org ckp article awk keluarkan betul 30% je . Tlg buat kerja sikit admin, xkn 30% je ? Benda mudah nak paham . As long as doktor kata ok, xde tanda² mnyebabkan bahaya, boleh je puasa . Org komen pasal post dia yg melenting org yg puasa . Post dia x se detail yg mcm awk explain kat atas . So skrg, sy x bijak ke awk yg x bijak ? Awk yg meroyan kot . Ke ni post awak ? Hahah sorry ye x tau . Lg satu, if annoying dgn soalan org pasal puasa tu, why not ignore ? Hang p buat post baru nk mmaki org knp ? Sila lebih bijak ye sis ..

Sis sis..banyakkan istighfar ye..kadang dorang tak tahu tu pasal dorang tanya..kan ramai mummies kat dalam ni..ada yang banyak pengalaman..ada yang takde..tu pasal ada nya group ni..da kalau sis ni jenis tak suka baca soalan atau pengalaman yang macam tu sis skip la sis..baik sis jaga amalan sis sepanjang ramadhan drpd sis nk spread negativities👍🏻 kadang ada yang share experience..jgn la rasa tak suka sgt..sbb ramai je yg acah2 tak faham tak suka jap lg dia lagi lebih2 tanya soalan tah pape..kalau sis rasa org yang skrg ni tgh confuse dan nak minta pandangan org tu ridiculous then one day org akan rasa soalan sis tu yg ridiculous pulak..hahaha..

Kalau orang da membaca still jugak tak jumpa jawapan dan masih lagi tertanya2 takkan tak boleh dia minta pendapat ye? Takkan semua yg dibaca terus paham ye? Mungkin mereka cuba dan mereka risau..sy tak nampak mana salahnya dorg yang tak tahu bertanya..yang sy pelik nya orang yg rasa tak puas hati pada yang bertanya..kalau dorg paham x de la dorang tanya sis..kalau kita da baca terus pandai dan tak perlu bertanya Alhamdullilah la syukur..jangan la mengata pulak orang yg bertanya..skip je soalan yang buat sis bengkak mata tu..Nanti kalau anak sis banyak tanya nk marah jugak ke? Agap la mummies dalam ni semuanya sedara kita..sudah la sesama islam tp penuh juga perasaan negative..😔😔

😂😂😂 marah benor.. biasa la attention seeker mcm tu la.. Org pregnant dah diberi kelonggaran utk tdak berpuasa, jika risau akan anak dlm kandungan nanti kena ganti puasa dan bayar fidyah & jika risaukan diri sendiri hanya perlu ganti puasa saja. Ada je doctor cerita, masa puasa si ibu rasa okey je semua , sampai 1 masa baby tak respond. Bila scan heartbeat pun dah takda,lagi sedih bila tempoh nak dilahirkan pun dah Tak lama.. Sometime jgn selfish, bagi kita memang rasa sihat boleh puasa sbab malas nak ganti punya pasal tapi khasiat dan nutrient tak cukup utk supply dkat baby tu yg bahaya.. apa2 pun boleh bincang dgn doctor masing2 utk pendapat..

Moral of the stories minta la advice dari doktor. Senang citer. Lebih afdal kn.

Baby dalam perut masing² kan? Takkan x reti nak tau baby ok atau tak. Kalau dah lembik pening kepala loya, berbuka jelah. Takyah tanya² orang. Sendiri punya badan. Kalau elok je segar, boleh naik turun tangga, exercise, gelak besar, tu maknanya boleh je puasa. Yang cakap kesian nanti baby lapar tu tolong banyakkan masa dengan membaca ye. Jangan sibuk google hadis takyah puasa je. Google cara baby makan/dpt nutrien dlm perut tu jugak. Takyah emo² n takyahla tanya soalan yg sama. Tu pun susah nak pikir ke? Nak jadi mak org dah pun. Agak x reti jugak, gi tanya doktor.

Sis ni x royan tp jadi meluat pulak jenis bakal ibu2 yg mcm xde pendirian.. Klo kurang ilmu agama bab ni myb boleh diajar. Tp klau dah rase diri tak ok then dok tanye org luar yg tak pernah kenal diri tu pasal nk temuntah loya bby x gerak risau cemas dan sewaktu dgn nye.. Elok la pikir logic.. Tanye pendapat org x salah yg salah nanti pape jadi tuding jari kat org lain.. Laki pon malas nk layan gamaknye mngade sgt🙄 bende simple p rumitkan pasal apa cek oiiiiiii... Da besar panjgkan..

Hahaha tu lahhhh lepas tu pi paksa diri then update2 meroyan siap bole tanye lagi xde apa2 ke bagai rasa nk pitam bagai alahai dh thu nk pitam xlarat bebuka jelaaa ni siap mintx pendpt dlu.. apoooo... Suke hatiii dia lahh labuu. Org dh pesan bnyk kli msih bedegil.. Tak mampu bebuka jela. Klo mmpu betahan terus kn. Islam itu mudah knpe la ade sesetengah suka meremehkan. Xphm btul la.

Kannn hahahaha

Daya ketahanan tubuh org berbeza. Ada yg kuat ada yg x. Bg yg x, xpyh la puasa. Bimbang akn ada risiko pda ibu dn baby. Lgpn kan dah dptkan nasihat doc, if doc xkasi puasa xpyh la. Yg blh puasa alhamdulillah, teruskan. Tpi make sure ambil mknn berkhasiat msa sahur, spya bekalan tnaga ckup utk ibu dan baby. Msing2 pnya pgalaman xsama.

Sis..Ada je yg blh puasa time mgandung . Mcm sy sblum nie mmg x blh sbb bdn akn lmah je...nie alhmdulilah mgandung ank ke4 sy dh blh brtahan...sy akn tngok klau bby aktif n x kerap mgeras sy akn truskn...lgpun smuanye tletak pada kte sis...yg pnting kte kne mkn yg bkhasiat Masa sahur n brbuka...lg1 klau rasa diri x kuat jgn pakse diri....

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan