hai assalamualaikum semua, nak tanya
czer vs normal, pengalaman sakit bersalin czer & normal, sbb kena czer, dan berapa kali boleh czer, terima kasih☺️

hi Sy emergency czer (baru 24 hari, so ni pengalaman setakat ini). Last minute kne tolak OT sebab fetal distress. Dah sakit contraction 2 hari dgn bukaan 4cm. Dah induce drip & pecah air ketuban dekat LR, tgk2 kne czer pulak. Selalu dgr org lain kata dlu untung la dapat czer, umpama mcm senang & tak sakit. Rupanya tidak ye. Tetap azab jugak. 6 jam selepas czer nurse dah suruh gerak. Mujur nurse tak bagi baby terus, sebab kne pantau NICU. Tgk org lain yg dekat ward terus dapat baby. Kesian dgn tak boleh bangun, kne bagi baby susu jugak. Time surgery tak rasa apa pun, cuma kne hadap nurse pasang tiub kencing, cucuk dekat tulang belakang & sejuk dalam OT. Lepas surgery tak rasa apa, sebab masih ada bius. Slps habis je bius, nak bangun lps 6 jam surgery, seksa. Dengan ada tiub kencing lagi. Nak mengiring je makan masa sejam. Nak kalih punggung lagi. Dah la nak bangun pressure dekat perut. Katil hospital pulak tinggi. Selalunya kalau czer, kene tahan lama sikit berbanding bersalin normal. 1-2 minggu selepas tu, mmg azab sikit. Tapi nnt makin better. Tapi kadang2 masih ngilu jugak. Sy time tu nak bersin & batuk mmg seram sikit 🥹. Yang paling penting jgn lasak & jgn angkat or buat kerja berat2. Sebab takut terbukak jahitan/ luka jahitan nanah. Makan buah oren bnyk2 utk bagi cepat luka jahitan cepat baik. (p/s: Org kata jgn mkn pati haruan. Sy pun tak sure kenapa.) Tapi tulah, warning awal. Tengah sakit2 tu, still kne angkat baby. Lagi tak best, kne ulang alik KK sebab baby kuning 😔🥹
Baca lagi