Kongsi kewangan waktu pregnant

Curious dengan family lain, if korang dan suami ada income yang hampir sama, korang share 50-50 ke untuk semua bil hospital, checkup, barang newborn, atau suami korang contribute lebih sebab kita yang pregnant? Sekarang ni, saya pergi check-up klinik sendiri, dan suami cuma teman untuk scan yang "penting" je. Saya la yang penat drive ulang-alik hospital, saya jugak yang rasa semua perubahan dan simptom kehamilan ni. Bukan nak mengeluh, cuma nak tahu macam mana sacrifies korang pregnant, bawak perut sana-sini, morning sickness etc tu terbalas? Boleh pakai ke mentaliti "saya 9 bulan pregnant, awak support lah kewangan".

35 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Macam saya, Alhamdulillah suami tak berkira, mampu dia bagi, dia akan bagi. Belum mampu, dia akan kata nanti. Kalau saya yang ada lebih, saya akan usaha beli sendiri. Kadang² tuu, banyak nya memang saya yang keluar sendiri. Tapi alhamdulillah, check up, tak pernah sendiri lagi. Dia akan teman, walaupun sekali dua tu tak ikut masuk, diluar sahaja. Cuma saya kena toleransi dengan waktu kerja dia sahaja. Pagi dah kerja 8pagi, balik malam 9-10malam. Time bising, rasa lah dia balik awal. Time diam, ulang balik, balik lambat, haha. Tapi nak buat mcm mana, kita tahu dia kerja untuk kita dan anak. Komunikasi penting sis. Saya doakan yang baik² buat sis dan keluarga.

Baca lagi