35 Balas

Saya tk nk sis ikut cara. Tpi saya nk cerita pengalaman saya lebih kurg mcm sis. Gaji saya dgn suami hampir sama. Mmg tk dinafikan, sebelum mengandung mmg suami byr nafkah sekali pun tk pernh minta saya byr kn. Dan saya tk pernh tahu suami byr berapa untuk commitment dia, mcm insurans, moto, bil api air, astro semua tu. Sbb mmg suami settlekn. Nk dijadikan cerita saya mengandung skrg dh masuk 5 bulan. Barang2 baby dgn pantang semua kami dh survey2 dulu. Mcm bulan lps commitment suami bertmbh sbb buat credit card. Sbb fikir klu tk ambil skrg nnti susah nk buat loan beli rmh akan dtg. Saya pun mcm okay je. Sbb bila fikir balik nk beli rmh cash tk mampu. Bila suami kira2, mmg tk cukup gaji suami saya sorg. Bayangkan dh tolak commitment nafkah pnting2 semua duit tinggal 200 je nk survive sebulan. Saya sendiri berbincg dgn suami untuk kira2 gaji suami tu. Saya ckp kat suami, tkpe bab nafkah pasti kn awak jaga btl2 dn byr. Bab barang2 baby sikit2, saya blh belikan. Brg baby yang lain tunggu duit ada lebih beli sikit2 dulu. Itu atas ihsan saya sendiri sbb fikir kesian kat suami, mmg duitnya tk mencukupi untuk tampung. Saya beli sikit2 dulu barang baby. Tpi dgn pengetahuan suami. Sbb bila kira balik, duit gaji saya bnyk tk guna masih bnyk yg tersisa bagi saya. So dari situ saya blh simpan sikit2 untuk bersalin & barang pantang nnti. Incase duit suami mmg tk mencukupi. Jadi sis. Jalannya mmg kena bincang. Klu blh kira2 la gaji husband bersama2 sbb kita nk tahu berapa yg tinggal semua tu. Sbb ni anak kira bersama. Mmg dua2 kena main peranan. Semoga urusan sis dipermudahkan

bekerja or tak bekerja.. saya rasa suami yg kena tanggung unless kehendak isteri.. kena usahakan tak susahkan suami kalau suami dah provide yg memang keperluan.. saya surirumah.. suami supervisor kerja kilang je.. skrg pregnant anak ketiga, saya boleh drive, check up dekat kd, boleh pergi sendiri, pilih hari yg tak ramai orang.. last pregnancy taktahan kat kk sebab ramai sangat orang, request nak buat kat klinik swasta, suami usahakan bagi duit untuk check up swasta.. skrg ni awal pregnancy ketiga, apa semua saya taknak buat, alhamdulillah suami buat mana yg dia boleh buat, rumah dia tolong kemas tolong masak, anak sekolah dia yg kejut dan setel hantar ke sekolah, malam kita mabuk la apa la, dia hadap je.. anak kedua pantang hire cl 2 minggu.. anak ketiga pun dah request sesiap cl.. inshaaAllah.. kalau dia suami yg baik.. dia sendiri sedar betapa susahnya bini dia mengandung dan melahirkan tu.. kewangan kena sama sama bincang.. saya selalu siap2 list out bil (min-max) contohnya kalau beranak kat kerajaan cas beranak normal berapa ringgit je, tapi kalau czer rm300, so saya cakap bersalin max kena saving rm300.. nak beli breast pump, carseat apa semua list je dulu.. dia usahakan.. jadi dia akan kerja lebih masa untuk pulun cukupkan bajet yg bini dia bagi.. kalau nanti mmg tak cukup, saya akan guna jugak duit saya.. kira suami hutang dengan saya haha inshaaAllah.. jaga emosi ya sis

Kalau saya. Alhamdulillah checkup up and hospital bill both company cover. Kadang guna dia punya, kadang guna saya punya. Let say if exceed, suami akan cover. Barang baby pun dia akan cover. Cuma mana saya rasa berkenan, maklumlah kita isteri ni mesti suka shopping brg baby kan, saya akan guna duit saya je without claim dkt dia. Kita pun ada gaji, buat apa nak bebankan dia. Banyak lg dia kena fikir. Especially tanggungjawab wajib dia mcm rumah etc. Tak salah pun kita nak ringankan beban dia. Jangan la beli sikit pun nak claim itu ini. Cukup dia bg nafkah wajib, bulanan dah ok dah. Lepastu saya tak pernah pun berkira yg saya bawak perut sampai 9 bulan utk anak dia, nak hadiah lepas beranak ke apa ke. Sbb tu kan anak kita juga. As long as tiap kali checkup dia teman, dia cover bill hospital, brg baby, dia bawak kita fulfil craving masa pregnant pun dah cukup dah. Kalau kita selalu berkira kita alahan la apa la, boleh buat apa je. Dia mmg faham, tp kita boleh transfer alahan tu dkt dia ke? Redha je. Mungkin situasi kita semua tak sama, as long as kita communicate apa yg kita nak, then in shaa Allah suami faham. Yg penting, kita sebagai isteri tahu had suami kita takat mana. Jgn minta lebih dr kemampuan dia. Kita ada duit kadang kadang tak salah bantu dia. Ni just opinion saya je. Apa pun kena berbincang do and don’t 🙏🏻

TapFluencer

Kena tahu beza nafkah wajib dan kehendak. Kesilapan isteri bekerja, dia ambil tanggungjawab suami yg menafkahi isteri dan anak. Bil hospital (perubatan/rawatan) Check up (perubatan /rawatan) Barang newborn (pakaian) Kalau ikutkan, semua di atas suatu keperluan untuk isteri dan anak, suami yg tanggungjawab menafkahi. Bagi saya, penat kehamilan ni tak terbalas dgn kewangan. Jika dibalas dgn kewangan, tak cukup punya. Saya setuju yg ada komen perkara yg puan tanya ni kena duduk bincang bersama dgn suami. Telus, jujur. Saya bekerja juga semasa hamil. Kebanyakannya suami yg support. Saya dah pesan sebelum nikah beza keperluan dan kehendak. Apa nafkah wajib. Apa yg tidak. Apa yg saya perlu claim dgn dia bila dah guna duit sendiri. Duit pakej urut selepas bersalin selama 3 hari pun guna duit saya. Sebab semua tu kehendak. Bukan keperluan. Sekarang saya dah tak kerja. Kalau jajan2, saya tak claim dgn dia. Haha. Kadang craving itu ini nak makan cheesekut bagai. Yg bekerja nak bantu suami atas ihsan masing-masing. Kena ikhlas, jangan ungkit di lain hari.

Bagi sy, okay je suami tak temankan masa checkup sebab bagi sy macam bazir masa dia je. Masa tunggu + checkup tu dia x perlu mintak cuti dan boleh pakai masa tu utk buat kerja dia. Sepanjang sy pregnant sy drive sendiri utk semua checkup (tapi balik dari checkup memang kadang2 ada complain la kat suami “hari ni ramai sangat orang” 😂).. Bab kewangan ni agak sensitif, memang perlu ada masa utk meeting keluarga, bincang baik2 berapa percent dapat contribute masing2. Masa sy pregnant dulu awal2 checkup swasta, husband yg bayar. Tapi masa bulan ke-3, husband tukar kerja & dia cakap tak mampu nak bayar lagi swasta jadi sy pun tukar ke klinik kerajaan (bab ni sy perlu korbankan masa & tenaga lebih). Untuk big purchases macam stroller, car seat, hospital bill - husband yang beli. Kira macam 70-30 la part kami dulu. Sy contribute bhgian skin care baby. Tapi mmg kena bincang, takut husband terbeban

VIP Member

mcm sy housewife tp jnis menyimpan....duit suami semua masuk akaun sy.jd sy tau bila yg dia ade duit n bila yg xde sbb suami kerja sndiri so pendapatan bkn hjung bln br dpt sedebak...sy pernah tunjuk harga bersalin swasta...suami trs ckp xmampu...sy ckp sy bkn nk bersalin swasta sy cuma mintak checkup swasta sbb lebih murah dr kos bersalin swasta...tu pon sbb ank dah berderet..leceh nk bwk ke kk...checkup,ubat²an mmg fully duit suami.mcm brg bby biasanya sy beli time dia ade duit.tu pon yg penting je.yg xpenting yg rasanya hanya kehendak sy..bkn keperluan .sy lebih suka keluar duit sdri... kalau sy xberharap penat pregnat tu dibalas dgn duit dia..sbb yg nk pregnant sgt tu sy🤭🤭 yg dapat pahala berganda pon sy...cukupla suami berusaha cr nafkah dah tunaikan nafkah wajib....yg bkn² tu slalunya sy pakai duit sy...bila dia ada duit lebih kdg² sy claim...kdg² burn mcm tu je....

susah sis kalau nak guna pakai mentality "Saya 9 bulan pregnant, awak support lah kewangan". isu kewangan ni kena bincang dengan husband face to face dan kena ada give and take. mcm sy tak kisah pergi checkup sorang² sebab tak nak husband buang masa dia utk time off atau amik cuti. lebih baik cuti tu guna utk masa sy tengah pantang. appointment penting² je baru sy minta husband ikut sekali. mcm barang baby kena settle awal sblm masuk 3rd trimester. husband siap² ckp nak dekat due baru boleh beli, so hampir semua sy beli sendiri dulu sebab faham husband ada commitment lain nak kena bayar. barang yg boleh beli kemudian je baru husband belikan. bab lain memang husband yg settlekan. mana yg sy boleh topup sikit macam barang dapur saya beli la guna duit sendiri. saya tak bekerja. hanya amik tempahan buat kuih dan jahit manik saja. ada tempahan, ada la duit sikit utk belanja sy

TapFluencer

Kalau sy sis, mmg suami tanggung smua . lepas tu, kalau ada kurang, sy tambah . yg selebihnya buat simpanan atau belanja . sbb Suami kalau dh cover smua, dia kemungkinan besar tiada duit lagi. So, apa salah kita cover yg selebih. sllu suami akan bayar balik nnti hahahahaha . Faham juga kita pregnant, tp kita jgn juga tllu push suami utk faham keadaan kita sbb mereka takkan faham juga. Ini akan menyebabkan berlakunya perselisihan faham nanti . jadi gaduh. ckup utk sis berbincang elok2 . bgtau suami yg awak perlukan dia . kalau dia ada masa, suami mana taknak temankan isteri . kdg2 kekangan masa sbb keja mereka susah nak ikut kita . Sis bertabah ye . Inilah dikatakan salah satu proses perjuangan kita sbg ibu dan isteri . Satu hari nanti, sis akan mengenang balik keadaan ini dan akan merindui . hehehehehew . sy doakan sis supaya semuanya dipermudahkan .

sy sllu share dgn suami . walaupun gaji dia besar sikit dri saya tp dia byk komitmen lain nk tanggung . masa anak first, sy yg 100% kluarkan duit utk brg2 anak . tu pun sy beli kt shope shj . tak abis 2k pun. sy start mbeli masa 5bln . kalau utk cek up kk tiap bln , suami yg anta , yg ambil sbb sy tak pndai drive tp biasa dia tak masuk la sbb kk sy kecik. ruangan pun terhad . masa sy berslin 100 % duit suami . bill hosp , duit makanan berpantang . smua dia kluarkan modal . pmpers anak susu anak smua duit dia . skrg , ada komitmen lain . sy mmg share dgn dia 50 50 sbb dia tak bole nk handle sorg komitmen tu . kdg gaji sy yg sikit ni , hujung bln masih ada , dia ? dah pokai habis . kalau awak penat ,awak bgthu je suami . nt anak dah kluar . suami knee tolong isteri jaga anak . sy kalau penat , strss mmg minta suami tlg .

ank 1st sye pjj dgn husband, 100% chckup smue sendiri + branak pun sorg2 sbb time tu pkp so husband xblh masuk. lps ank lahir, duit anta pengasuh atas sye, tp duit pampers n susu & keperluan ank yg lain + nafkah suami tanggung. ank 2nd - 100% suami tanggung sbb sye dh jd fully housewife + dh pindah ikut husband. chckup pregnant sye request g sendiri je, ank 1st husband bwk g pejabat sementara sye g kk. balik tu sye amek anak. kdg2 suami hantarkan. but sye lbh prefer g sendiri so xdek la husband tggu lama2. walaupun husband kerja sorg, struggle dgn brg2 anak yg mahal sekarang ni, tp alhamdulillah ckup semua walaupun kdg2 tgh bulan termenung tggu gaji bnde2 mcm ni sis kne bncg btl2 dgn husband. mntk je duit kt husband nk beli brg2 baby. 2way communication dgn husband

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan