1 Balas

Depo ni ialah sejenis perancang hormon. Yg akan menyebabkan effect emosi ialah hormon dari depo itu. Takda kena mengena dengan darah kotor tak keluar dari badan. Dinding rahim tak menebal pun untuk keluar darah banyak. Period tu ialah darah dari dinding rahim, kalau rahim tak tebal camne nak keluar darah banyak. Sebab tu period on off sebab dinding rahim tak tebal mana pun. Disebabkan ianya sejenis hormon, kemungkinan ada orang memang tak sesuai dan masih akan ada period yg berpanjangan. Tu kena bincang balik dengan doktor. Macam saya sendiri dah setahun setengah tak period lansung lepas ambil depo dan takde ganggu emosi. Mungkin sesuai dgn saya jadi saya teruskan. Kalau rasa tak sesuai, next appointment boleh inform yg depo ni tak sesuai untuk kita. Bgtahu semua sebab kenapa tak nak teruskan. Nurse/doktor faham je kalau dah memang tak sesuai dgn badan

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan