Pengalaman cucuk depo dan nak tahu cara stop pengambilan depo.

Cuma nk share dan nak tanya mommy cara kita nk stop appointment amik depo kt KKIA. Sy sejenis yg x suka disuruh kalau bnda tu sy x suka. Tp sy pon ssh nk tolak bila org berterusan push sy. Mcm situasi sy, dari 1st checkup baby, semua nurse, dari bilik baby, doktor, nurse handle depo. Sy mmg x berminat utk cucuk depo. Mmg cara dorg akn push2 sy utk amik. Maaf kalau sy salah, sebab masa tanya doktor, akan effect emosi atau kesihatan x bila darah kotor @ period x klua dari dlm bdan. Sebab katanya depo ni akan stop period kita. Doktor kata x der kaitan pon. Sebab sy sejenis mudah anxiety kalau terlalu tertekan. Bila dh period jp ada, jp x mcm ni. Dari penjelasan nurse pon, x semua ibu akan fully stop period. Ada setengah org period on off sikit2 mcm tu. ( Igt boleh la jimat x perlu beli pad😅) Sekarang sy nak tanya pengalaman mommy, cara kalau kita nk stop checkup depo kt KK. Mungkin sy rasa dgn keadaan sy cepat mrh, ganggu waktu kerja suami lg utk appointment, better kami rancang sendiri je. #firstmom #firsttimemom #bantusharing

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Depo ni ialah sejenis perancang hormon. Yg akan menyebabkan effect emosi ialah hormon dari depo itu. Takda kena mengena dengan darah kotor tak keluar dari badan. Dinding rahim tak menebal pun untuk keluar darah banyak. Period tu ialah darah dari dinding rahim, kalau rahim tak tebal camne nak keluar darah banyak. Sebab tu period on off sebab dinding rahim tak tebal mana pun. Disebabkan ianya sejenis hormon, kemungkinan ada orang memang tak sesuai dan masih akan ada period yg berpanjangan. Tu kena bincang balik dengan doktor. Macam saya sendiri dah setahun setengah tak period lansung lepas ambil depo dan takde ganggu emosi. Mungkin sesuai dgn saya jadi saya teruskan. Kalau rasa tak sesuai, next appointment boleh inform yg depo ni tak sesuai untuk kita. Bgtahu semua sebab kenapa tak nak teruskan. Nurse/doktor faham je kalau dah memang tak sesuai dgn badan

Baca lagi