INFO Epidural

Copy paste from Dr Imelda balchin (Pakar O&G) . Ramai yang dok tanya pasai EPIDURAL pulak. —————————————————————— Mai nak habaq: A) Pasai apa ada hospital kerajaan yang tak bagi perkhidmatan epidural? Pasai epidural tu bukan doktor O&G atau jururawat yang buat. Epidural itu perkhidmatan dari doktor bius anaesthesia. Kalau hangpa pi bersalin kat hospital kerajaan yang tak ramai staff doktor anaesthesia, maka di dalam rota atau senarai tugasan mereka, lebih perhatian ditujukan kepada keperluan pesakit-pesakit di Jabatan bedah yang perlukan pakar-pakar bius, dan di unit rawatan rapi intensif care di mana pesakit-pesakit perlu ditidurkan untuk khidmat ventilator. Selagi ada ramai pesakit yang mai dari Jabatan emergency yang perlukan pembedahan kecemasan, maka doktor anaesthesia yang ada tak boleh dilepaskan kepada Jabatan bersalin untuk permintaan epidural. Kiranya, doktor bius tu kerja di merata-rata, bukan saja di wad bersalin. Doktor bius yang ditugaskan ke Jabatan bersalin pula, tak boleh memenuhi permintaan epidural selagi ada kecemasan dimana ada ibu yang perlukan emergency Caesarean Section, atau ada kecemasan ibu bersalin tumpah darah yang perlu masuk OT untuk menghentikan pendarahan. Masa musim wabak tu lagi laa teruk, doktor bius penat bekerja dan ada yang kena kuarantin. Pasai itu laa ada hospital dimana ibu bersalin tak dapat perkhidmatan epidural. Tengok nasib hangpa laa kaaann. ———————————————————————- B)Pasai apa ada hospital kerajaan yang tak bagi perkhidmatan epidural untuk pesakit berisiko rendah, hanya untuk pesakit berisiko tinggi? Pasai epidural tu kaaan, boleh bagi ubat dos hat rendah sesuai untuk pesakit yang nak bersalin untuk mengurangkan kesakitan. Jika pesakit yang sama yang dah ada epidural itu kemudian memerlukan emergency Caesarean Section, maka hanya perlu tambah dos ubat yang lebih tinggi dan boleh guna epidural hat sama untuk bius separuh badan semasa emergency Caesarean Section. Jadi pesakit yang ada lebih risiko yang ada lebih kemungkinan memerlukan emergency Caesarean section itulah yang dapat keutamaan untuk permintaan epidural di wad bersalin. Lagi satu sebab ialah, epidural itu berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi untuk pesakit yang ada tekanan darah tinggi. Bila depa ni sakit, tekanan darah boleh naik sangat tinggi. Tekanan darah yang sangat tinggi boleh dapat komplikasi strok maka perlu diberi ubat tekanan darah untuk merendahkan tekanan darah yang tinggi. Bila kita kurangkan kesakitan depa dengan epidural, depa lebih tenang, tekanan darah tak naik tinggi dan lebih senang nak kawal tanpa perlukan tambahan ubat-ubat tekanan darah tinggi semasa bersalin. Jadi kalau ada ramai ibu yang nak bersalin, hanya ibu berisiko tinggi atau ibu yang ada hypertension diberikan keutamaan untuk mendapat perkhidmatan epidural. ———————————————————————— C) Ada hospital yang ada lebih staf-staf doktor bius yang ditugaskan di jabatan bersalin pada siang hari saja, tetapi pada waktu malam doktor bius oncall kena cover semua jabatan, maka hanya ibu berisiko rendah yang nak bersalin waktu siang dibenarkan membuat permintaan epidural. Tetapi kenapa ada pula protokol hospital dimana tak boleh dapat epidural jika pembukaan cervix sudah melebihi 5cm? Mai nak habaq. Yang nak bersalin tu bukannya hangpa seorang saja. Kalau ada 10 orang ibu nak bersalin tetapi hanya ada dua orang staf doktor bius, maka mereka akan berikan keutamaan membantu meringankan trauma ibu yang sakit yang mungkin perlu melalui fasa labour yang lebih lama. Sebagai contoh, jika ada 3 orang ibu meminta epidural, seorang ibu tu bila sampai sudah pun 8cm dan dah nak dekat bersalin, seorang ibu baru pembukaan 4 cm, seorang ibu pembukaan 5cm, maka dua doktor bius itu akan kata ibu yang nak dekat bersalin itu hanya perlu tahan sakit yang tidak lama lagi, tetapi ibu yang masih pembukaan cervix 4cm dan 5cm itu kena tahan sakit yang lebih lama sebab ada banyak jam lagi sebelum bersalin. Jadi mereka akan kata kita berikan perkhidmatan ini kepada ibu yang perlu menahan sakit yang lebih lama. Nak bagi epidural tu, perlukan beri sedikit masa. Kena bagi masa selama 10-15 minit untuk persediaannya memasukkan epidural, dan selepas dah dapat epidural kena bagi masa lagi 20 minit sebelum ubatnya mula berkesan menahan sakit, maka kalau pesakit itu mungkin akan bersalin dalam masa 1 jam saja lagi, maka tak berbaloi lah buat persediaan 15 minit untuk beri epidural, kemudian beri masa lagi 20 minit untuk ia berkesan sepenuhnya, kemudian pesakit itu hanya dapat manfaat epidural untuk 15 minit saja dia dah bersalin. ———————————————————————- D) Kenapa di hospital swasta, semua pesakit berisiko rendah boleh buat permintaan epidural dan walaupun dah melebihi pembukaan 5cm pun boleh lagi dapat permintaan epidural? Sebab, di hospital swasta, tidak ramai patients yang nak bersalin sekaligus maka ada cukup staf doktor bius untuk permintaan hangpa semua dan hangpa kena bayaq untuk perkhidmatan epidural tu. Kalau kena bayaq sendiri, boleh laa dapat kaan. Kos tambahannya ialah diantara RM1000 hingga RM2000 tidak kira hangpa gunakan epidural itu untuk hanya 20 minit labour saja atau untuk 12 jam labour. Kalau hangpa sanggup bayaq sendiri kos tambahan epidural hanya untuk manfaat menahan sakit 20 minit, ikut suka hangpa laa kalau nak epidural bila dah pembukaan cervix 9cm pun kaaann. Dah hangpa boleh bayaq sendiri kaaaannn. Doktor bius di hospital swasta akan tanya dulu, betoi kaa nak epidural ni, dalam masa sejam saja lagi nak beranak? Kalau pesakit kata dia nak jugak epidural walaupun manfaatnya mungkin hanya untuk 20 minit, dan dia mampu membayar perkhidmatan ini, maka dia akan dapat permintaannya. Macam tu laaaaa. ———————————————————————- E) Betoikaa epidural menyebabkan sakit belakang dan sakit pinggang jangkamasa panjang? Jawapannya: Toksah MENGARUT!!! Orang yang tak pernah ambil epidural pun complain benda sama jugak. SERUPA saja kadar masalah sakit belakang di dalam kalangan orang yang pernah dapat epidural dan di dalam kalangan orang yang tak dapat epidural. Lelaki yang tak pernah bersalin pun complain sakit belakang dan sakit pinggang juga. Apa yang anda perlu tahu ialah salah satu penyebab sakit belakang ialah obesiti, orang yang lebih tinggi, orang yang ada masalah keradangan arthritis, usia yang semakin tua atau penuaan dan orang yang ada masalah kepadatan tulang atau osteoporosis. Saya dah pernah ambil dua kali epidural dan spinal. Sekarang Umur 51 tahun pun boleh lari 42km full marathon tanpa sakit belakang, sebab saya jaga POSTURE tulang belakang dan saya jaga berat badan dan saya jaga kepadatan tulang. ADA BANYAK sebab sakit belakang tau. Jangan blame epidural dan dok buat fitnah kat epidural. Pada hakikatnya, kajian perubatan 80,000 wanita bersalin yang mendapat epidural atau spinal anaesthesia untuk bersalin menunjukkan risiko mendapat komplikasi ialah kurang dari 3 di dalam 100 orang tetapi risiko mendapat masalah jangkamasa panjang yang disebabkan oleh epidural hanya berlaku 1 di dalam 10 ribu orang yang mendapat epidural. ———————————————————————

undefined profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!