6 Bayi Yang Dilahirkan Di Hospital Putrajaya Bakal Terima Baby Car Seat Sempena Hari Bapa

Buat julung kalinya BMW Malaysia bekerjasama dengan Childline Foundation bagi mengadakan program "BMW Safety 360" untuk edisi kelima. Program tersebut bertujuan memberi kesedaran dan didikan mengenai keselamatan kanak-kanak bermula dari hari pertama kelahiran mereka. Apa yang lebih menarik, program ini mendapat sokongan dari Chicco Malaysia dengan pemberian kerusi kereta bayi (baby car seat) berjenama Chicco KeyFit 30 kepada enam bayi yang dilahirkan pada Hari Bapa di Hospital Putrajaya. Apatah lagi, ibu bapa yang membabitkan diri dalam program ini turut dapat mempelajari amalan yang betul tentang keselamatan anak dari konsultan bertauliah yang mewakili pihak Childline Foundation. Perkongsian yang dijalankan itu membabitkan tentang kriteria pemilihan baby car seat yang betul, kaedah pemasangan dan kitaran hidup penggunaannya. Peraturan penggunaan baby car seat bagi tahun 2020 Sebaik sahaja 2020 membuka tirai, peraturan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak ini dikuatkuasakan demi menjaga keselamatan anak-anak. Oleh sebab itu juga, BMW Malaysia akan menerajui usaha sama dengan Childline Foundation bagi memperkenalkan program subsidi kerusi kereta kanak-kanak sebagai pengedar dan peralatan baby car seat. Program subsidi itu diperkenalkan terlebih awal terhadap lima hospital kerajaan yang terletak di Lembah Klang. Manakala itu, BMW Malaysia dan Safe n Sound akan subsidikan 150 kerusi mudah bawa atau carrier Snskidz Ace yang setiap satu berharga RM199 pada bayi baru lahir hingga berat mereka mencecah 13 kilogram. Bagi memastikan ibu bapa memahami tentang konsep keselamatan bayi dan kanak-kanak maka pihak terbabit juga akan selalu berkomunikasi dengan hospital secara langsung agar implementasi program dapat dibuat seperti yang dirancang. Program ini juga akan dijalankan bagi ibu bapa yang hadiri kelas antenal supaya didikan ini berterusan sehingga anak-anak membesar. Kempen baby car seat yang dianjurkan pihak BMW Malaysia, Safe n Sound dan Childline Foundation Pihak terbabit mensubsidikan 150 buah kerusi kereta bayi dan kanak-kanak. Program latihan keselamatan penumpang bayi dan kanak-kanak bakal diperkenalkan di hospital. Enam bayi pertama yang dilahirkan pada Hari Bapa di Hospital Putrajaya akan diberi hadiah set kerusi kereta kanak-kanak dari jenama terkemuka Chicco Malaysia. Semoga dengan kempen yang dijalankan ini memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang betapa pentingnya keselamatan anak-anak semasa di dalam kenderaan. Semoga bermanfaat!

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan