mainan untuk 1 month baby
Boleh suggestkn tak barang mainan utk baby 1 bulan

1) Hari pertama lahir hingga 3 bulan Tempoh 3 bulan adalah tempoh segala organ deria anak masih belum matang. Dia hanya boleh melihat sejauh 8 INCI SAHAJA dari pandangan mata dia. Waktu ini, baby lebih banyak belajar tentang rangsangan daripada tindakan refleks atau spontan daripada diri dia sendiri. Contohnya macam genggam jari kita, hisap susu, menendang dan gerakkan tangan dia (menggapai-gapai). Dia banyak explore sekeliling hanya gunakan mata dan telinga sahaja. Sebab tu suara pertama yang dia kenal adalah suara ibunya. Dan untuk usia 3 bulan pertama ni, cara baby bermain lebih melibatkan pemerhatian mata dan explore tubuh badan sendiri terutamanya bahagian tangan. Cara bermain yang melibatkan deria dan anggota badan ini dinamakan sebagai EXPLORATORY ATAU PRACTICE PLAY. Pada usia baby 3 bulan, dia dah start pandai meniarap dan terlentang, pandai senyum pada ibu dia, pandai capai dan genggam objek yang ada depan mata dia, palingkan kepala pada sumber bunyi atau cari mana datangnya bunyi tu. So, daripada perkembangan baby pada 3 bulan yang pertama, ada ciri mainan yang kita perlu cari sebab dengan 4 ciri ni lah baby tunjukkan cara dia bermain dan explore. 1) baby melihat mainan : ciri mainan mesti melalui warna yang terang (vibrant and bright color). Make sure bukan warna pastel. Dan seelok-eloknya mainan tu bergerak perlahan (untuk rangsang pergerakan mata baby). 2) baby merasa, menggenggam dan manipulasi mainan (sentuhan tangan) : ciri mainan mesti mudah dipegang, lembut dan bertekstur (macam ada biji-biji pada permukaan mainan). 3) baby mendengar mainan : ciri mainan mesti ada unsur bunyi seperti musik lembut atau loceng. 4) baby masukkan mainan dalam mulut : mainan mestilah lebih besar daripada mulut baby (supaya tak tertelan), bebas daripada toksik dan boleh dibasuh. So daripada 4 ciri yang zaty sebut ni, antara contoh mainan yang sesuai sangat kita belikan untuk baby ialah (boleh rujuk google image untuk tengok bentuk mainan) : 1) rattles 2) activity gym 3) cloth and plush toys 4) teething toys 5) multi textured infant toys 6) multi sensory infant toys 7) hanging toys
Baca lagi




Household goddess of 1 naughty little heart throb