Utk yg ada experience silent miscarriage
Boleh share berapa lama ye nak tunggu janin keluar sendiri? Saya dah reda dan ikhlas tapi masih tiada tanda2 sakit dan bleeding. Harini dah masuk hari ke 6 selepas dikhabarkan tiada heartbeat. 2 hari lagi baru followup appointment doc pakar o & g. Harap boleh share sbb diri tertanya2. Tq

Hai awak, ni pengalaman saya sendiri jadi tahun lepas.. utk saya, amik masa dlm 1minggu 6hari dari tarikh Dr bagitau miscarriage utk baby tu keluar.. tanda2 mcm sakit & bleeding, seminggu lepas dari tarikh Dr bagitau miscarriage.. Dan saya pilih utk baby keluar sendiri, taknak cuci @ guna ubat.. 21/9 : Dr bagitau saya missed miscarriage (time tu dah 8w1d) Dr bagi saya 2mggu lagi (5/10) scan utk confirmkan missed miscarriage 27/9 : dah start saya sakit senggugut manja² 28/9 : start keluar lendir + darah (time ni jarang sgt keluar darah), lendir + darah berterusan sampai hari ni (4/10) 1/10 : start keluar ketulan darah tapi kecik sgtt (lebih kecik dari duit 5sen) 3/10 : Pukul 3pm-5pm dah start senggugut (tak sakit sgt, tapi lebih sakit dari 27/9).. 8:00pm-8:38pm sakit senggugut (pinggang & perut) yg amat sgt & keluar ketulan darah.. lepas tu dah tak sakit perut & pinggang dah ~ 4/10 (10:15am) : takda rasa sakit senggugut mcm semlm.. just sakit pinggang manja² sahaja 4/10 (4:30pm) : start senggugut yg teramat sgt 😭😭 sakit on off.. kejap sakit, kejap okey.. pastu sakit semula 😭😭 4/10/2022, 6:30pm - 7:46pm : sakit contraction selang 4² minit dgn tempoh sakit selama 1 minit 4/10/2022, 7:46pm - 8:34pm : sakit contraction yg teramat selang 2² minit dgn tempoh sakit selama 1 minit (time ni sakit yg amat sampai rasa nak pengsan, dah rasa pitam time ni) 4/10/2022, 8:36pm - 8:39pm : sakit contraction yg teramat amat amat amat amat amat sgt sepanjang 8:36pm - 8:39pm (sumpah yg ni lagiiiii sakit contraction dia 😭😭😭 sampai terguling guling dlm kereta 😭😭) time ni dah otw ke Emergency sebab dah nak pengsan, badan menggigil dah.. mmg rasa mcm ada something keluar selepas 8:39pm, ingatkan ketulan darah.. rupanya kandungan saya dah keluar 😭 then sampai d emergency, nurse suruh husband baringkan saya kat tilam.. time ni dah tak rasa sakit langsung ~ Dr scan baby dah kat depan pintu rahim, dah kat hujung² pintu rahim.. Dr just korek sahaja keluarkan baby, Dr tunjuk yg kantung dah d keluarkan 😢😭 Dr scan rahim clear & tak perlu D&C, Alhamdulillah Alhamdulillah 🤲🏻 Baby cantik ja dlm kantungnya, shape kantung sgt cantik, tiada koyak langsung & saya tak buka pun kantung tu 😇 Appointment saya sepatutnya 5/10/2022 utk confirmkan missed miscarriage tapi perancangan Allah sebaik baik perancangan.. baby keluar jugak 4hb 😇😇
Baca lagi