Dah boleh ke sahkan kehamilan di klinik ?

Boleh ke pregnant 4 week pergi klinik untuk sahkan kehamilan. Ke kena tunggu 6 week ke atas baru boleh pegi klinik? Sebab smlm check upt positive tapi samar² & check digital clearblue tunjuk baru 1-2 week. Last period 20/5 #bantujawab #bantusharing #ingintahu

Dah boleh ke sahkan kehamilan di klinik ?
18 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Anda boleh sahkan kehamilan di klinik seawal 4 minggu selepas perkiraan tarikh pembuahan, tetapi disyorkan untuk menunggu sehingga 6 minggu untuk kepastian yang lebih tinggi. Kebanyakan klinik biasanya akan mengesyorkan untuk membuat temujanji selepas 6 minggu kehamilan kerana pada ketika itu lebih mudah untuk mengesahkan kehamilan melalui ulasan kesihatan dan ujian kesan kehamilan yang lebih tepat. Walaubagaimanapun, jika ujian kehamilan anda masih menunjukkan hasil positif, disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat berkaitan dengan kehamilan anda. Selamat mencuba dan semoga segala urusan di klinik berjalan lancar bagi anda. #makcikdidi #pregnancytips #mommytips https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Belum lagi sis, kalau call klinik mesti dorang akan suruh dtg masa 6-7weeks. sy dulu dtg masa 4wk sbb tak tahu , pastu scan tak nmpk apa2. terus risau betul ke sy preggy ni? 😆 scan balik msa 7wks, dah ada dah baby n heartbeat . baru la tenangg 😂 so better sis dtg je la masa 6-7wks, klau tak jdi mcm sy risauu je smpai next scan. Jaga dulu kandungan tu, mmg dh ada dh tu hehe. unless klau sakit teruk ke ape, baru boleh pgi awal sbb takut ectopic.

Baca lagi

Kalau nk pegi konfemkan pregnancy boleh je sis..tp kalau nak scan biasenye doc akan suggest scan waktu 6-8weeks sbb klau scan awl kekadang blum nampak lagi so nanti kita pulak jd overthinking..mcm sy, if upt double line sy akan pegi klinik plk bgtau doc nak konfemkan pregnancy..then bru la lega sikit nak share dgn suami or family terdekat. Sbb kt klinik lebih accurrate. Ade kes cek sendiri +ve tp kt klinik -ve..tp apepun semoga ade rezeki utk sis amin2

Baca lagi
TapFluencer

Boleh je.. 2 kali UPT positif samar, Saya buat pengesahan kehamilan di swasta. Scan nampak kantung, doktor sahkan saya hamil 4w 3d. Doktor sarankan saya daftar Buku pink segera sebab saya berisiko hamil. Esok tu call KK, beritahu apa yg diberitahu doktor swasta dan umur saya yg 40-an masa tu, KK minta sy dtg keesokannya utk daftar Buku pink dan pemeriksaan.

Baca lagi

Saya pergi je klinik 4w dua2 anak saya pergi awal, sbb excited. Hahaha. Untuk sahkan yang kita mengndung, check urin je, lepas tu kalau doktor nk scan bagi je lah. Memang taknampak ape2 pun. Nampak Kantung je, nnti dia bagi tarikh semula nk scan bila. Penat sikit lh ke klinik sbb awalkan. Kalau taknak penat pergi lepas 6-7week bby dh besar sikit .

Baca lagi

seeloknya 8 weeks ke atas pg klinik terus bukak buku pink.. kalau awal sgt setengah klinik akan suruh tggu 8 weeks ke atas.. tp kalau sis nk pastikn betul2 pregnant ke x boleh je pg klinik biasa.. tp pd sy klinik biasa pun cek guna benda tu jgk.. sementara nk tggu berapa weeks lg sis byk2 kn rehat ye

Baca lagi

Wah congrats sis 😍. Sama mcm saya, test upt +ve pregnant, last period sy 5/5. Kandungan sy mybe bru 7weeks. Tpi sy nk tunggu 10weeks bru sy akan ke klinik utk checkup dan buka buku pink terus. Xperlu nak ulang alik klinik bnyak kli dah kan😅. Cuma skrang just jaga betul2 dan ambik acid folic.

Kalau sy, sy akn tnggu lewat 7 hari period. And pegi scan. Minta dr buat scan atas dulu utk tngk kantung dkt dalam rahim atau tak. Kalau x nampak, blh request utk buat TVS. Sbb scan utk awal2 ni at least kita tahu kedudukan kantung ada dkt tempat yg betul ☺️ pegi swasta tau

Sis boleh pergi klinik utk check dan Dr mungkin akan buat blood test utk check level hormon hCG utk confirmkan. Selalunya 4 minggu kira boleh buat blood test. Scan lepas 6-7 minggu lagi baik macam sis lain semua cakap. Praying for you!

kalau sy masa 5w pergi klinik scan baru npk kantung lepastu 6minggu da npk janin tapi masa tu doc xnk bgy dengr hearbeat bby lagi sbb takut risiko masih kecik...8w alhamdulillah baru dpt dengr heartbeat sekali