Boleh ke nak adakan susu badan yg dah kering?

Boleh ke nak adakan semula susu badan yang dah kering? Berkesan tak kalau buat power pumping? Anak tak nak skin to skin sebab dia dah tak terima nipple. Anak dah stop df sejak botol dikenalkan. Rindu nak df dgn anak

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

boleh. kita panggil kaedah relaktasi. kaedah mengadakan susu badan semula. yg paling utama mental dan fizikal awak kena ready dn kuat sebab bukan hari buat harini juga awak akan dpt hasilnya tau. kalau nak jadi epmom 1) awak kena jaga jadual pump awak. permulaan kena pump setiap 1@2j setiap sesi. sebab kita nk hntr signal dkt otak utk produce semula susu badan. walaupon awak pump hanya keluar angin pada permulaan nya awak kena teruskan juga. jgn stop separuh jalan. 2) awak kena pump including malam. hormon prolaktin sgt tinggi pada waktu malam jadi jgn lepaskan peluang tu. 3) boleh selit power pumping. power pumping ni awak boleh buat antara jam (12am-5am) pilih la satu masa yg awak nak selit power pumping ni. buat dlm masa 2mggu direct. bila rasa production susu dh start ada, dh boleh stop power pumping. 4) masa pumping boleh buat breast compression utk stimulate susu badan kita. selepas pumping buat marmet selama 2min. setiap kali sebelom/selepas pump minum air secukupnya NOTE PALING PENTING * MINDSET awak kena yakin susu badan awak dan akan cukup utk baby awak. * elakkan STRESS. mood awak akan mempengaruhi pengeluaran susu badan awak

Baca lagi
1y ago

of cos boleh. sedangkan mommy yg nak mahram kan anak angkat pon boleh produce susu badan. inikan pula kita yg melahirkan anak kita awak☺️. yang penting jgn putus asa. awak boleh follow puan noorfazila dkt ig ataupon puan nadmasrom mereka ni lactation counselor yg bertauliah