Prolong jaundice

Boleh bg kata semangat dak untuk saya... Rasa agak down sebab anak prolong jaundice. Dah lebih 2minggu , dan semalam doctor ada ambik darah kat tangan untuk check hati dan buah pinggang. Hati ibu ni risau ja rasa kalau result tak keluar2 ni. Ada siapa2 yang boleh kongsi pengalaman anak yang prolong jaundice untuk kurangkan rasa resah dalam hati ni... 😢Terima kasih

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya baby prolonged jaundice 2weeks . Saya bersalin 28/4 . . Mmg pnat ulang alik KK sampai baby turun kuning . Baby pula sampai kena ambil darah kat lengan dan ambil sampel air kencing . Syukur fungsi hati baby ok result semua normal . Memang kalau baby jaundice , mereka kuat tidur . So kita kena kejut bagi mereka bangun sejam sekali utk diberi susu(mesti) . So bila baby kerap menyusu , mereka akan kerap kencing dan berak , so kalau baby kerap kencing berak , hanya tu cara kuning cpt turun . Sis boleh jer selang selikan susu sis dengan susu fm . Utk cpt turun kuning , saya beli susu Lactogen . Memang berkesan . Habis kuning , saya tukar ke S26 gold . Baby saya paling tinggi kuning pun sampai 14.2( syukur tak masuk wad duduk bawah lampu) . Satu lagi , petua saya , mandikan baby dengan cucian beras kita yg pertama tu . Tu sahaja . Boleh try . Sepanjang baby saya kuning , saya stopkan dulu breastfeed . Kdg² , makanan yg kita makan mempengaruhi air susu kita bila tak pantang betul2 dan sebabkan kuning baby naik . Pantang dahulu makanan seperti halia . Habis baby kuning , boleh sambung balik.breastfeed dkt dia . Selamat mencuba .

Baca lagi

Anak saya prolonged jaundice 2 bulan. Kencing berak semua okay. Dalam satu hari 8-10 kali tukar pampers. Dah ambil blood and urine sample, result alhamdulillah tiada masalah. Reason prolonged sebab different blood type. Saya B+, baby O+. Saya cuma teruskan BF seperti biasa. Jadual susu memang saya jaga.

Baca lagi

Anak sy pon ada alami prolonge jaundice 4 tahun dulu. Test result kt kerajaan pastu senyap je tggu punya tggu xde call. Xde call tu maknanya ok😅. Hati & buah pinggang ok sbnrnya. Samalah mcm minum air gula masa pregnant, xde call maknanya ok haha

sabar.. klau awak ibu berdarah o atau golongan berisiko bayi kena prolonged jaundice mmng lama kuning.. anak sy sebulan baru hilang..

2y ago

masa saye checkup anak hari tu, ade akak tu bby dia kuning sampai 2bulan. jadi normal je kuning ni, cuma perlu bagi baby susu dgn kerap. kalau x ckup susu bdn boleh je topup formula.