Mengidam

Bila dah mengidam nak makan ais krim yang cup vanilla kecik tu kann. Sampai sudu pun nak yang kayu cecomei tuu. Macam-macam yer baby? #6bulan Ada sesiapa mengidam macam leya ke. Saintifik betul ya permintaan tu?

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy mengidam makanan dari kampung suami di Sabah. Nak yg fresh pulak tu, taknak yg ada jual di sini. Nasib baik kebetulan ada kawan suami nak datang KL. Alhamdulillah dpt jugak mkn 'latok' fresh from KK waktu baby 20w. Lepas tu dah ok, takde mengidam dah sampai sekarang 31w. 😁

VIP Member

Jangan risau sis. Awk tak keseorangan. Hahaha. Saya awal2 dlu mengidam nak abc. Tapi taknak dlm mangkuk biasa kita makan tu. Nak dalam mangkuk yg clear tu. Dah dpat, makannya sikit je 😂

Suruh husband p beli Milo ais bungkus tapi nak suruh tukang bancuh air tu letak Milo ais dalam botol Tupperware tu hààa....Tak mo dalm plastic...nk minum dlm botol tu jer 😊😊

Sy pun terbayang ice cream je lately. So last2 beli ice cream kitkat yg mangkuk besar tu. Bila makan rase sedap sgt2 . Pdhal sblm ni mkn je rase biasa je 😅

Anak 1st mengidam roti bakar kaya, walaupun sebelum ni tak minat sgt.. And tiap2 mlm craving roti canai.. Nasib baik kedai mamak dekat je. 🤣

Ye. Bila mengidam mmg nak yang specific. Haritu mengidam nak makan ayam penyet Wong solo. Husband bawak g ayam penyet lain. Moody terus

5y ago

Kann? Bila dah dapat tu, bukan nak makan banyak mana pun, yg penting hilang rasa ngidam tu 😂

Nak makan pengat pisang yg di potong bulat2 je.. X nak yg di potong serong2.. X nak pisang nangka..nak pisang lain..

VIP Member

Mse pregy ni mcm2 nk mkn.. xtaw la di kira ngidam x ek.. tp craving dia lain maciam... Hahaaa

Saya pulak mengidam nak makan whole kek. Tapi husb tak bagi :'(

5y ago

Minta husband belikan yg mini kek sis. Whole cake tapi comel. Puas hati tgk kek penuh hehe

err nak kata saintifik ke specific sebenarnya? 😅