FAKTA NANAS KETIKA PERIOD& PREGNANT

✅ Benarkah nanas menyebabkan keguguran? ✅ Benarkah nanas tidak di boleh di makan semasa sedang mengalami haid? . Manfaat Garam Mangan Dalam Nanas Nanas adalah buah yang sangat berkhasiat, kaya dengan vitamin C yang boleh membantu untuk meningkatkan tahap imuniti tubuh. Apa yang istimewa adalah kandungan garam Mangan dalam buah ini. Mineral penting ini adalah untuk menguatkan tulang dan sendi Bagi wanita, kandungan mangan dalam buah nanas dapat membantu mengurangkan gejala PMS.Kajian membuktikan wanita yang mengambil Mangan dalam dos yang rendah dapat melancarkan darah haid sehingga 50%. Selain itu, Ia mengandungi kandungan antioksidan yang dapat mengurangkan radang yang menjadi punca kepada kesakitan dan rasa senak di perut semasas sedang haid. Enzim bromelain yang kaya di dalam teras nanas ini telah terbukti mampu mengurangkan kesakitan dengan merehatkan otot otot. . NANAS MENYEBABKAN KEGUGURAN? ✅ Makanan tambahan dalam bentuk tablet yang mengandungi Bromelain perlu dielakkan oleh wanita sedang hamil kerana ia boleh menyebabkan pendarahan. ✅ Nanas juga mengandungi Bromelain. TETAPI, dengan hanya makan beberapa potongan nenas, ia TIDAK akan memberi kesan yang sama. ✅ Untuk menyebabkan pendarahan atau kesan negatif semasa hamil, anda perlu makan di antara 7 - 10 biji nanas serentak! ✅ 1 hidangan ( 1 cawan nanas ) mengandungi segala khasiat yang di perlukan semasa hamil seperti Vitamin C, Folate, Zat Besi. Magnesium, Vitamin B6 KESIMPULANNYA ✅ Nanas selamat dan boleh di makan dalam kuantiti yang sederhana semasa hamil ✅ Nanas juga boleh membantu melancarkan darah dan mengurangkan kesakitan semasa sedang haid. Informasi yang kami kongsikan adalah untuk sama sama kita raikan khasiat buah buah tempatan yang kurniakan di bumi bertuah Malaysia. Pilihan sentiasa di tangan anda! Nak Sihat? Mujur Ada Buah! #MujurAdaBuah

FAKTA NANAS KETIKA PERIOD& PREGNANT
3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Ada tu tya, boleh ke makan laksa. Sbb ada nanas dlm tu. stress mak nakkkk😆

up down up down

😉

Post reply imageGIF