π πππ ππ’πππππ§π’π₯ ππ¨πππ‘ π£ππ
Begini kisahnya. Ada seorang ibu mengadu bahawa hasil pam susu sangat sedikit dan mula risau disebabkan takut tak cukup untuk buat stok EBM. Sebelum saya cadangkan cara untuk bantu selesaikan masalah ibu tersebut, saya akan bertanya dan tanya banyak soalan untuk cari punca kenapa susu ibu sedikit walhal ibu tersebut menyusu bayi secara direct sepanjang dalam tempoh berpantang. Rupanya ibu tersebut confuse dengan fungsi MILK COLLECTOR dan anggap itu adalah pam. Saya yakin, ramai ibu keliru fungsi milk collector ini dan ramai juga tukang jual overclaimed milk collector tu adalah sejenis pam yang ringan dan murah. Salah tu. Milk collector bukan pam, tapi lebih kepada untuk bantu dan memudahkan ibu kumpul atau tadah susu untuk mengelakkan susu terbazir. Nama pun dah jelas COLLECTOR kan? Bukan PUMP. Biasanya let down reflex (LDR) berlaku apabila breast dirangsang samada ibu sedang susukan anak atau menggunakan single pump. Dan biasanya sebelah lagi pasti susu akan meleleh keluar juga disebabkan LDR berlaku. Jadi untuk elakkan pembaziran, ibu digalakkan guna milk collector untuk tadah susu tersebut dan boleh disimpan untuk stok EBM. Tapi kalau sekadar letak dan lekat di payudara, memanglah susu takkan keluar kalau tiada rangsangan atau fungsi yang menyerupai cara bayi menghisap. Penggunaan milk collector bukan pengganti fungsi pam. Kalau ibu tidak pasti, dapatkan nasihat atau maklumat dari rakan penyusuan atau ibu yang berpengalaman. Kaji dan faham terlebih dahulu setiap fungsi dan tujuan sebelum membeli. Boleh follow fb sy: Fadzielah Ayub, Pembimbing Rakan Penyusuan Anda Malaysian Breastfeeding Peer Counselor #Breastfeeding_FA #mbfpca