Tolong bagi cadangan ibu ibu
Bayi saya 2 bulan susah nak tidur dh seminggu dari pukul 3 pagi sampai 8 pagi..


Tidur siang dan malam harus dibezakan. Tidur siang, saya biarkan anak tidur dalam suasana yang bising , depan tv , dgr suara abg kakak, atau ada dengar bunyi sekeliling. Pastinya environment terang. Bila malam, bilik gelap dan ini mendidik bayi bahawa hari telah malam. Memang dalam tempon berpantang, bayi agak mencabar dan keadaan ni akan beransur pulih setelah tamat tempoh pantang. Bayi baru belajar untuk adapt dgn persekitaran luar setelah 9 bulan selesa di dalam perut ibu. Di dalam perut, bunyi yg biasa dia dengar adalah bunyi alunan air ketuban. Cuba dodoikan bayi dengan bunyi “sshh, sshhh, sshh…” biasanya bayi akan tenang kerana bunyi ini mirip dengan bunyi ketika dalam perut ibu. Dan sekiranya bilik/udara boleh tolerate untuk bedung bayi, sila bedungkan bayi. Bayi akan rasa lebih tenteram dan tenang. Setahun pertama tangisan bayi, kata ulama’ 4 bulan pertama - tangisan berzikir laa ila ha illa ALLAH 4 bulan kedua - tangisan berselawat kepada Rasulullah SAW 4 bulan ketiga- tangisan mendoakan keampunan untuk kedua ibu bapa
Baca lagi
Mama bear of 1 troublemaking cub