360 Ribu Pelancong Pilih Airbnb Masa Cuti Perayaan, Ini 5 Sebab Kenapa Ia Jadi Pilihan Utama Pengguna!

Baru-baru ini, data terkini yang dikeluarkan oleh Airbnb yang menunjukkan ramai pelancong di Malaysia dan luar negara memilih platform itu untuk bercuti terutamanya semasa di musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Seperti musim perayaan tahun ini, Airbnb di Malaysia telah menerima lebih daripada 360,000 tetamu melancong ke kediaman dan komuniti mereka. Malah hampir kira-kira 60% pengguna Airbnb tersebut terdiri daripada pelancong dalam negara dan luar seperti Singapura, China, Indonesia, Amerika Syarikat dan Korea. Antara destinasi pilihan mereka ialah Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Perak dan Melaka. Malah Melaka dan Johor antara yang mendapat tempat teratas bermula dari perayaan tahun lepas lagi. Antara kediaman yang boleh mereka pilih seperti: - Aku Sembunyi Homestay di Kuala Lumpur - Le Bleu in Melaka - Bungalow With Private Pool in Perak - Luxury Seafront Home Sea View in Penang - RIA Homestay in Johor 5 Sebab Airbnb Menjadi Pilihan Masa Musim Raya 1) Rasa seperti berada dalam rumah sendiri Apabila tetamu memilih platform Airbnb, mereka dapat kediaman seperti di rumah sendiri kerana ia mempunyai kelengkapan dan fasiliti yang terbaik serta sesuai untuk semua golongan pelancong bermula dari kanak-kanak hingga orang dewasa. 2) Tempat yang selesa dan luas Selain itu, kediaman yang ditawarkan juga sangat selesa dan luas untuk penginapan di sepanjang musim perayaan lalu. 3) Dapat berkumpul seisi keluarga Apatah lagi di sini, tetamu dapat berkumpul dengan sebilangan jumlah keluarga yang besar dan tentunya ia menambahkan kemeriahan tatkala menyambut Hari Raya. 4) Dapat melakukan rutin raya dengan sempurna Dengan penginapan yang ditawarkan dalam Airbnb ini, tetamu dapat menikmati sambutan Hari Raya seperti di rumah sendiri kerana mempunyai dapur yang luas, kelengkapan pinggan mangkuk dan boleh buat parti barbeque bersama keluarga. 5) Harga yang berpatutan untuk menginap Apa yang pasti, Airbnb menawarkan harga yang berpatutan jika di bandingkan dengan platform percutian yang lain. Selain itu, Airbnb juga menawarkan penginapan yang unik di Seluruh Malaysia merangkumi penginapan Airbnb plus hingga hotel butik, karavan dan vila yang ditawarkan sepanjang tahun. Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut, anda boleh layari Airbnb bermula hari ini. Selamat bercuti!

360 Ribu Pelancong Pilih Airbnb Masa Cuti Perayaan, Ini 5 Sebab Kenapa Ia Jadi Pilihan Utama Pengguna!
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Nice, mmg sgt2 cantik. Ada tgk story kawan yg bercuti Dec lepas guna Airbnb service ni. Dia bercuti di Luxury Seafront Home Sea View, Penang. Memang cantik dan selesa sangat.

VIP Member

Yesss! Airbnb lagi best! Saya sekeluarga prefer airbnb dari hotel. Sebab lagi murah and dia konsep macam rumah. Bawak anak-anak pun tak risau.

Aku sembunyi Airbnb tu dah pernah pergi! And okay lah 5 bilik and ruang dia sumpah selesa and besar. Sesuai untuk keluarga besar.

Kalau nak bercuti satu family mmg akan pilih air bnb sebab lagi senang. Luas pun luas kalau nak bawak 2 3 family pun okay

Wahh! Nice.. Teringin nak guna airbnb kalau pi bercuti.. Lepas ni boleh lah cuba orang kata jauh lagi murah dari hotel

Airbnb always be my 1st choice. Sebab dia bagi kita tempat yg mcm house and if bawak 1 big family pun no problem.

Lebih suka pilih airbnb dari hotel sebab jauh lagi murah and dia mcm rumah sikit. So kalau bawak family mmg nice

Macam nice je aku sembunyi airbnb tu. tengok dekat google pun boleh tahan lawa huhu boleh masuk dalam wishlist

Tbh saya kalau nak bercuti lagi prefer stay dekat airbnb.. Hotel ada juga tapi jarang

Wuhuu! Boleh letak dlam list yang Aku sembunyi airbnb tu.. Dekat kl je pun