Bahan bahan ditumbuk :
Bawang holland
bawang putih
capsicum merah
secubit serbuk ikan bilis *optional*
Bahan lain2 :
1 kiub mirepoix
setengah cawan air
isi ayam
sayur pak choy
Cara cara :
1. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau, masukkan mirepoix, biarkan sehingga pecah minyak.
2. Masukkan isi ayam. Kalau nak berkuah, masukkan air.Kalau nak kering, tak perlu air.
3. Akhir sekali, hampir2 masakan nak mendidih,masukkan sayur pak choy. Bila dah mendidih, terus angkat sebab taknak overcooked pak choy.
4. Hidangkan bersama nasi lembik untuk si manja.
* resepi ni ,kalau tambah serai & daun limau purut, boleh jadikan tomyam untuk baby.