saya penat dah 😢

baby umur 3 bulan 10 hari, sebelum tidur mesti nak menangis macam kena dera. tak kira lah tidur petang ke tidur malam ke mesti nak melalak dulu baru nak tidur. saya punya lah stress sebab hadap benda sama lepas baby lahir sampai lah sekarang. bukan nak merungut tapi tulah saya punya sabar ni ada had jugak. kadang tu terfikir macam menyesal ada baby no 2. kalau tahu perangai macam ni kuat nangis baik sorang je anak. masuk buai nangis, turunkan dari buai nangis, baringkan atas toto nangis, dukung pun nangis. ibu2 bagi saya nasihat macam mana nak sabar hadap anak nangis macam ni. dan baby high demand biasanya sampai umur berapa bulan 😢#askmommies #Needadvice

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Sabar ada hadnya pun, kita tetap dgn sabar. 🔹🔶HADIS 40🔶🔹 MENJAUHI AMARAH Daripada Saiyidina Abu Hurairah RA bahawa seorang sahabat telah berkata kepada Nabi SAW, "Berilah pesanan kepadaku." Baginda bersabda, "Janganlah kamu marah." Sahabat itu mengulangi pertanyaannya berkali-kali. Baginda tetap bersabda, "Janganlah kamu marah." - Riwayat al-Bukhari - Cara saya didik terus sabar, niat semua perkara liLlahi taala. Lagi 1, jika betul penat, dapatkan bantuan dan bimbingan orang yg mahir. Luahkan kepenatan tu pada orang yg kita percaya dan dia percaya kita. Menjauhi amarah adalah pernyataan dan pesanan yang mudah, namun masih ramai gagal mengawal emosi. Baik ketika berhadapan anak yang tertumpahkan minuman atau di kala memandu di jalan . Jauhilah dari cepat beremosi dan membiarkan sifat amarah. Tenanglah, bersabarlah. #jabatanagamaislamselangor #islamicsaviourobedience #kitaselangor #hadis40

Baca lagi