Tidur buai
Hi baby saya sekarang 2 bulan..bila siang tidur kat lengan bila letak kat tilam kadang terjaga..kalau tak terjaga pun sekejap je lena..jadi ibu saya cakap bagi tidur dalam buai supaya lena dan mudahkan urusan saya..banyak kali ibu suruh tidur buai..saya cakap taknak sebab nanti nak balik tempat saya kerja nanti susah baby dh biasa tidur buai..tapi rasa bersalah pulak tak dengar cakap ibu sedangkan apa yang ibu cakap tu betul dan untuk mudahkan saya..betul ke kalau bby dh biasa tidur buai nanti tak nak dah tidur kat tilam? Ok tak ye kalau bagi buai..anak first jd kurang tahu tq

hi sis,saya nak share pengalaman saya, anak saya tidur buai smpai umur 6bulan, lepas 6bulan tu saya cube tidurkan dekat tilam.. saya dodoi anak saya smpai agak2 dia dh tertidur saya letak dia dekat tilam..buat berulang kali,,,memang permulaan anak tidak terbiasa macam tu akan selalu tersedar.. alhamdulillah lepas 1 bulan buat macam tu. alhamdulillah anak saya dah boleh tidur tanpa buai Dan tepuk,, saya suka tengok video2 dekat Instagram tentang cara2 tidurkan anak, sis boleh try cari dekat Instagram nama page babylanguage, dekat situ banyak tips. sekian
Baca lagihi sis, anak first and siituation sama la anak kita, tidur dkt lengan. bila letak dia menangis. anak saya tak tidur buai lepastu pengasuh minta buai dan hasilnya anak tetap tak nak buai langsung. saya terpaksa reda kan diri bagi anak puting dan yaa it's work. dia tidur dkt lengan and pindahkan atas katil dgn puting , dia tak terjaga langsung. so jawapan untk anak saya, dia bukan nak buai tapi nak puting. awak boleh try n error. saya bagi dia puting time tu je. bila dia da 5mins tidur, saya keluarkan puting dari mulut dia.
Baca lagiAnak saya tidur buai siang since 3weeks, malam cosleep atas tilam. Saya tak hantar taska, tp saya hantar pengasuh yg ada sediakan buai & jaga only anak saya yg baby lain2 toddler 2y above 3 org. masuk 5 bulan dia reject buai sendiri. Prefer tidur tilam sampai la skrg dah 2y. Maybe ikut atas budak juga. But up to you mommy. My kid was a high need baby thats why saya bg buai cos saya hidup time maternity leave nk tenang2 & waras2 je
Baca lagiSy selaku pengasuh taska..susah ye kalau anak dah terbiasa buai.mcm2 cara nak bagi anak tido tanpa buai..kesian juga pd kami tak dpt rehat.Dan sy pun latih anak sy sndri tanpa buai,alhamdulillah kt rumah ke pegi mne2 bawak mne2 pun tak meragam tanpa buai.tp kalau sis suri rumah utk mudahkan keje,jaga anak sepenuh masa,takde hntar anak taska boleh je cuma hadkan tidur buai
Baca lagihi, mommy of 3 (soon to be 4) here. anak saya semua berbuai di rumah, tapi alhamdulillah di taska semua boleh je tido tanpa buai, teacher pandai tido kan tanpa buai. bila travel boleh je tidokan sambil susu atau dodoikan anak2 sampai tertido. if pakai buai memudahkan ibu dan membolehkan ibu lebih rehat, pakai je. ianya wujud utk kita guna ☺️
Baca lagihi.. saya anak dah masuk 4 semua tidur buai awak..ada orang cakap jgn bagi buai nanti susah nak kemana-mana..pedulikan orang cakap.tapi hakikatnya kita senang kt rumah DPT buat kerja rumah... baby pun tido lama dalam buai berbanding ditilam..haritu saya pergi Pahang anak ok je dalam kete tanpa buai nak tido..tak merengek pun... hehe..
Baca lagianak2 sye tido buai. siang mmg fully dlm buai so senang sye nk rehat atau buat kerja2 rumah smbil2 pantau dia. kalau malam, sye bg die deepsleep dlu dlm buai lpstu baru angkt letak atas tilam. kalau travel mcm g hotel ke jalan2 sye xbawak pun buai, bg dorg main smpai penat, senang tido.
Baca lagisama sis sy pun bt mcm ni jgk
nak dengar atau tak tu terpulang..anak kita cara kita..ikutla mana yang kita rasa sesuai.. anak² saya semuanya tak guna buai.. Alhamdulillah tidur ok je tak ada masalah..
xde lah. ank2 sy semua berbuai waktu siang, malam tidur tilam. Dan klu balik kg, travel bercuti mana2...sy takde bawa buai sekali...ank2 elok blh tidur xde buai.
anak saya memang saya letak dalam buai.. tapi anak saya yang tak suka buai.. dia lebih selesa tidur bawah berbanding buai.. ikut budak juga sebenarnya..


