Hai mommies minta doakan yee

Baby saya 3+ dh lebih 2 minggu lebih dia batuk selesema mcm2 dah cuba, tradisional, pergi klinik, neb, sedut kahak, petua segala petua sudah dipakai tapi tak baik baik batuk selesema anak. Skrg tido malam je baby mesti terbangun2 pukul 2,3,4 am dan seterusnya sampailah pagi batuk plus sumbat hidung, nak kejut dia pagi2 buta nk sedut hingus dia mcm kesian pulak hmm 🥹 jadi disini saya mohon dengan rendah diri tolong doakan anak saya ya ibu2 mana tahu ada antara ibu2 dekat sini doanya makbul tolong doakan baby saya Muhammad Ashraf Harith sembuh seperti sediakala ya sembuh dari batuk & selesema & penyakit2 lain, mana tahu cukup 40 orang mendoakan sembuh anak. Moga anak2 puan yg mendoakan anak saya pun sentiasa dalam lindungan Allah dipermudahkan segala urusan dan moga mereka membesar dgn sihat walfiat. Saya ada terdengar ceramah ustaz kazim tentang satu doa yang boleh diamalkan utk anak anak dan kita supaya terjaga dari musim wabak ni. “Bismillahirahmanirrohim bismillahilkabir auzubillahilazim minkulli syarri erten na'arril wamin syarri harrinar” Boleh google atau tengok kat youtube tau kalau nk dengar doanya. Terima kasih momies semua moga kita semua terus kuat membesarkan anak2 ❤️ #mintadoa

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Try bawak anak p tukang urut.. sebab anak buah sye pernah jugak batuk memanjang, selsema smpai demam2. Lepastu bawak balik kg jumpa nenek kami, dye urut then nenek cakap kembang paru2. Lepas je urut nenk kami buatkan air jampi. Dan tak boleh makan ayam dgn telur selama 1 minggu. Alhamdulillah terus pulih… cara nak elak kembang paru2 atau pari2 berair, elakkan mandi malam atau lap badan. Baik baby, budak2 atau dewasa sekalipun… itu semua petua. Cuma samada kita nak percaya atau tak je.. cube sis pergi tgokkan kalau orang2 tua pandai kat kawasan perumahan sis..

Baca lagi
2y ago

Yeke alahai mana nk dpt org pandai urut dekat bandar ni hmm.

Semoga bby cepat sembuh,.. Sy pula kalau hidung bb mcm tersumbat.. Sy guna nasal drob nie,dpt dari klinik swasta.. Tapi cuba sis bawa je bby p hospital Kerajaan blk, bagitau ubat dah ada kena bagi tapi x baik-baik.. Biasanya bby bawah 1 tahun mmg nak kena p Kerajaan if berkeadaan sedemikian.. Itu yg klinik swasta tmpt sy pegi tu bagitau la.. Apapun semoga dipermudahkan sis..

Baca lagi
2y ago

Saya ada jugak dapat ubat dari klinik swasta tapi ada masa kan nak guna tu. Contoh 3 hari je boleh guna yg saya selalu dpt tu

awak better pergi hospital jumpa pakar kalau dah lama sangat sebab takut kena pneumonia ke virus lain ke sebab baby sangat fragile. kalau dibiar takut ganggu tidur n baby akan jadi overtired, bila overtired dia jadi lagi susah nak tidur then secara tidak langsung akan ganggu growth development dia sebab untuk baby, tidur dan menyusu tu je cara dia untuk membesar.

Baca lagi
2y ago

yeke alahai kesiannya baby hmm lagipun sekarang musim orang tak sihat sana sini. mungkin ambik masa lama sikit kot untuk sembuh. kadang pergi klinik, pergi hospital tempat high risk mungkin berjangkit dari situ. aunty doakan baby cepat baik ye.

Saya sapu balm Cf Rub dari Tasneem, sapu kat hidung, dada dengan belakang baby. nampak perubahan positif untuk baby saya kalau selsema hidung sumbat dgn batuk. mandian pun guna mandian cf rub dari Tasneem tu kalau baby start bagi tanda nak selsema atau tak sihat. setakat ni okay, cepat elok.

semoga diberi kesembuhan🤲 ank sy pon masih lg ade kahak xhilang2.. tgh mlm batuk2.. kalo bf, cube sis pantang makanan kt bawah jgn makan dulu dlm 2-3hari Gandum Telur rebus Dairy Soya putih Kekacang

Baca lagi

Rumah awak takde smoker kan? Pengudaraan rumah pun kena optimum. Semoga baby cepat sembuh

VIP Member

Anak saya mcm tu jugak tp batuk berkahak . Saya sapu minyak cengkih dh ok sikit

dah try wap dan minyak bawang putih sis? dan tepukan percussion juga

2y ago

alahai,kesiannya baby. sis tak bawa baby ke hosp? manatau kena warded. lagi bagus sebenarnya kalau warded

Anak sy pun demam lepas inject umur 3 bulan.Sekarang masih flu

2y ago

Anak saya tak sempat nk inject 3 bulan dah selesema, ni kira injection dia dah lari timing. Moga cepat sihat ya baby moga baik baik je utk awak 🫰🏻

Sy Cuba tukar susu sis. ok pula x berkahak selepas tu.