Batuk ( Kahak ) Selesema

Salam , baby saya 9 bulan Batuk ( ada kahak ) dan Selesema dah seminggu . Pergi klinik doctor bagi ubat batuk and cairkan kahak je tapi tak sembuh2 . Doc tak neb sbb pernafasan dia okay . Ada tips tak nak sembuh cepat ? Saya kesiankan dia tidur tak lena 😭😭 #adviceplease #bantusharing #firstmom #ingintahu #bantujawab

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi, mommy 👋 Saya share cara saya ya - Buat tepukan percussion. Sangat efektif untuk membantu baby bernafas. Anak saya selalu rasa lega dan boleh tidur bila buat ni. - Guna nasal aspirator dan nasal drop untuk sedut hingus. Awak boleh guna nasal spray jugak. Saya tak reti sebab tu pakai nasal drop. - Buat mandian lemon. - Pastikan anak kekal hidrat. Jaga jadual susu. Makan seperti biasa cuma waktu ni saya bagi menu yang berkuah macam sup ayam, sup ikan. Anak saya suka snacking so saya offer buah, vege macam biasa. Kalau anak reject makan tu normal. Jangan risau. Yang penting awak teruskan offer dan pelbagaikan menu dan tekstur. - Persekitaran baby kena bebas daripada habuk - Jauhkan baby daripada perokok dan asap rokok/vape. Kalau perokok nak dekat dengan baby, kena mandi dulu. Kalau tak nak mandi, basuh tangan, muka, dan tukar pakaian yang baru. - Jauhkan baby daripada orang yang tak sihat. Kalau nak dekat jugak, pakai mask dan jaga SOP. - Sebab anak awak makan ubat, ubat kena bagi on time. Jangan skip/delay Sambil tu awak kena alert dengan pernafasan baby. Jika ada lekukan di dada segera ke hospital ya. Semoga baby cepat sembuh 🌹

Baca lagi
TapFluencer

boleh try rawatan homeopati. ada ubat selamat untuk baby sekecil newborn.