anak tak pandai bercakap

Baby I sudah 1 tahun 6 bulan tapi belum bercakap lagi....sekadar bahasa baby je.....bubu jaja itu je yg dia cakap...tolong advice i#firstbaby #advicepls

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

RAMAI YANG TANYA MACAM MANA & BILA NAK DETECT ANAK DELAY KE TIDAK ? Okay saya bagi roughly idea berkenaan macam mana nak detect anak delay bercakap ya, caranya senang sahaja macam ni : 1) Compare anak dengan child normal development chart. Boleh google atau tgk dalam buku check up Klinik Kesihatan anak-anak. 2) Cara senang camni : ✅ Untuk umur setahun patut sudah boleh hasilkan first word ( perkataan bermakna contohnya : mama refer pada ibunya) kalau selepas 1tahun 6bulan anak masih belum ada first word, itu dah masuk kategori delay. ✅ Untuk umur 2 tahun pula patut anak-anak sudah mula boleh combine kan perkataan jadikan ayat 2 PATAH PERKATAAN. Contohnya : nak susu, mama nak, jom tido dan lain lain, kalau sebutan pelat takpe lagi time ni. Kalau sudah 2tahun 6bulan masih belum boleh buat ayat lagi , dah masuk category delay Bahasa. ✅ Untuk umur 3 tahun anak sudah start buat ayat 3 PATAH PERKATAAN. Contohnya : nak makan roti, mama jom makan dan lain lain lagi. Kalau sudah 3tahun 6bulan masih tak boleh combine 3 patah perkataan. Itu dah masuk category delay. ✅ Untuk umur 4 tahun sudah start bercerita dah, dan ayat yang anak hasilkan 4 patah perkataan dan keatas. ✅ Untuk umur 6 tahun dah macam perbualan seperti orang dewasa dan boleh jawab kebanyakan jenis soalan yang kita tnya. Apa, siapa, kenapa, mcm mana, bila & berapa. Kalau masih tak boleh dah masuk category delay. Delay bahasa pun ada peringkat jugak tau. Ada yang ringan, sederhana & teruk. Tapi bergantung kepada berapa jarak umur semasa dengan kemahiran bahasa semasa. Yang saya bagi ni skill minimum yang kanak-kanak patut ada ya. Kalau lebih lagi bagus. Jadi jangan takut untuk check dan buat assessment untuk tengok performance anak tau. Start dari awal, improvement akan lebih cepat dan lebih banyak masa untuk kejar umur nak masuk sekolah. boleh follow page aishah kassim. banyak tip dan info yg boleh membantu ank utk bercakap

Baca lagi

Untuk 1tahun 6bulan tak dikira delay lg selagi dia mengeluarkan bunyi. Seperti bubu baba. Nak anak mudah cakap cuba bagi dia bermain pasir rumput. Banyakkn sentuhan diluar. Selain itu gosok gigi atau gusi dia supaya otot di mulut mudah dia nak bercakap. Jangan menggunakan bahasa pelat. Nanti akan terikot cakap pelat. Cakap sepatah2 lama2 dia akan faham. Yang penting bagi anak faham arahan dulu. Dia faham baru mudah untuk bercakap. Cth satu perkataan “susu”. Bila dia dh tahu susu tu apa baru upgrade. Ajar pula 2patah perkataan. “Nak susu”. Lama2 dia akan faham apa yang dia cakap. Tu tips saya

Baca lagi
VIP Member

anak saya pn sebaya ank puan..dia pn msih belum bercakap .hanya blh sebut lapa..ayah..mak.. dan dia akan tarik kita kalau dia nak minta apa2 yang dia nak..rasanya mereka amik ms dan sedang belajar untuk menyebut dan berckp..its take time... sbr ea mommy 😉..mcm sy pn hri2 cuba brckp dgn dia...dan ajar dia.menyebut abc smpai z.. kira 1 hingga 10.. kadang ada juga dia sebut tiga... bila sy tnye mak saya..mak sy pn kata ia nye normal dan ambil ms..kadang2 ada tu bila dh berumur 2 tahun ke atas br pndai ber cakap.. 😉

Baca lagi
VIP Member

kalau boleh elakkn gadjet. 📺 📞 yg paling sebati ngn kte semua zaman sekarang ny. ank sy lagi 2 hari ny masuk setahun, da boleh pnggil papa ibu, air, dah, ball, ok,mam, tata, boleh sebut nme dia sendiri, suka ikot org ckp, dia amik part hujung2.. sy bagi dia tngok tb seminggu dlm 2-3 kali mcmtu je,telefon tak bagi pon, ckap bnyk ngn dia, n sy kuatkn suara😅supaya dia dengar jelas.

Baca lagi

anak pertama saya lambat bercakap juga.. jadi ubat yg paling cepat insyaallah.. galakkan anak bermain dengan kawan atau rakan sebaya mereka. dr situ kita dpt pantau lebih perkembangan mereka

kcik lg tu normal ...mcm sedara sy ank dy 2thn lbh dh..sebut hujung..contoh mcm roti jd tiii..

VIP Member

OK da tu kalau boleh sebut sikit. Dalam proses lagi la tu

VIP Member

Rasanya normal.