baby babbling

baby 10 bulan belum boleh sebut mama baba dada. normal ke ye. masa cek up nurse ckp sptutnya 9 bln dh boleh sebut. masalahnya hari2 dah ajar bby ckp still tk boleh ikut.

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sebenarnya, setiap bayi mempunyai perkembangan pertuturan yang berbeza. Adalah normal bagi bayi berusia 10 bulan untuk belum mampu mengucapkan perkataan seperti "mama", "baba", atau "dada". Walaupun biasanya bayi boleh mula mengucapkan perkataan tersebut sekitar usia 9 bulan, namun tidak semua bayi mempunyai perkembangan yang sama. Ada beberapa perkara yang ibu boleh lakukan untuk membantu perkembangan pertuturan bayi. Antara cara yang boleh dicuba adalah dengan banyak bercakap dengan bayi, menyanyi, dan membaca buku bersama. Ibu juga boleh mengulangi perkataan seperti "mama", "baba", dan "dada" secara berulang-ulang untuk membantu bayi memahami perkataan tersebut. Selain itu, memperkenalkan bayi kepada bunyi-bunyi dan suara-suara yang berbeza juga boleh membantu perkembangan pertuturan mereka. Bayi juga perlu diberi perhatian yang mencukupi dan memahami bahawa setiap bayi mempunyai masa pertumbuhan yang berbeza. Jika ibu masih bimbang dengan perkembangan pertuturan bayi, adalah baik untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan kanak-kanak. Tetapi tidak perlu bimbang terlebih dahulu, kerana setiap bayi mempunyai keupayaan yang unik dalam perkembangan mereka. https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

my son boleh cakap mama papa masa 7 months. hes 10 months old and dah boleh cakap no no no no wow mama papa and few other words. merangkak dlm 6 months by now dia dah boleh bertatih cuma…dia gigi baru nak tumbuh. sangat sangat lambat. so anak u probably cepat benda lain tp delay benda lain. plus kecik lagi. i pun malas kadang nak layan org ckp eh nape takda gigi lg blabla eh nape tak boleh berdiri lg blabla tak boleh berjalan lg blabla. banyak nau kena dengar. nurse pun kdg ckp sepatutnya dah ini itu ha lg la risau. yang penting dia ada babble. make sure borak selalu dgn dia and repeat words banyak kali tu je. watching ms rachel helps a lot too

Baca lagi
4w ago

normal sis sebab 10 bulan tu masih kecik lagi..dan setiap anak ni berbeza apa yg dorang boleh buat dulu..mcm anak saya 10 bulan dah pandai berjalan sendiri dengan dah tumbuh gigi depan atas bawah ..tapi tak pandai cakap lagi..dekat setahun baru pandai cakap tu pun perkataan pertama dia ngiaw sebab dia suka sangat kucing🤣 masa anak saya lahir dia ada dua sepupu sama bulan lahir tapi yg sorang dah pandai cakap tak pandai jalan.. yg lagi sorang jalan dah pandai tapi tak pandai cakap dgn gigi pun belum tumbuh lagi..anak sis skrang dah pandai apa?? klau dah pandai benda lain sis jgn laa risau yee..teruskan je ajar baby cakap ...banyakkan sabar tau

anak sye pun dlu mcm tu.. nurse pun pelik mse checkup 9 bln xde bebel mama baba.. byk ckp 'eh'je.. ble baby 10 bln bru sbut baba mama.. skg baby 17 bln, memg sebut bru 3-4 patah pkataan je yg kte paham.. selebihnya bahasa german 🤣

Babbling could be random. Maksud awak, anak takde bunyi langsung atau anak berbunyi tapi bukan sebutan baba dada mama?

4w ago

bunyi tu ada tp bkn mama dada, dia mcm bunyi vokal smata yg ooo aaaa tu je

ye biasa dah blh dada.. mama..baba.. insyaAllah slow2 nnt blh cube main2 sambil sebut

normal sis, kecik lgi baby tu 😂.

3w ago

Tak compare anak sendiri pun. Compare anak orang lain as a RN cos thats what i see every day 😆