45 Balas
Maaf puan; Kebanyakan kes penganiayaan fizikal berlaku bermula dengan kata-kata seperti contoh chat puan diatas, jadi saya sarankan puan untuk mengambil tindakan awal. Fikirkan masa hadapan puan dan anak. Tanpa seorang suami atau bapa tidak merugikan pihak puan dan anak, jika sikap tersebut sangat toksik untuk perkembangan anak dari segi emosi mahupun kesihatan mental. Keadaan puan juga mungkin turut terjejas. Lelaki seperti ini pandai 'play victim'. Dia akan nampak puan yang salah. Bagi dia seperti hak dia buat puan atau anak yang bakal lahir apa sahaja ikut suka hati, jika puan masih memilih untuk 'stay' bersama sebab anak. Sayangkan diri dan anak dulu puan. Dapatkan pertolongan pihak lebih arif tentang hal ini. Rujuk kepada pejabat agama. Simpan semua bukti puan. Semoga urusan puan dan anak bakal lahir dipermudahkan ♥️
Assalam, Puan boleh rujuk mesej ni kepada mahkamah syariah berdekatan tempat tinggal puan. Nanti pegawai sana akan bagi borang untuk isi maklumat berkaitan mesej di atas atau apa-apa sahaja pertanyaan yang puan kurang pasti atau rasa was-was boleh sahaja bertanya pegawai di sana. Pastikan ada kenalan yang puan percayai untuk menemani puan memandangkan keadaan puan sekarang tengah sarat mengandung. Saya juga pernah alami situasi lebih kurang sama seperti puan, jadi saya hanya berkongsi pengalaman. Harap membantu 🥰♥️
Allah...ape pnya bahasa la haiii...klau xjatuh talak pon sy cuma nk tnya 1 soalan..sis msih nk tnggu n hadap ke jantan tak guna mcm tu??? Siap boleh maki hamun mcm xde iman. Masih nak tnggu ke..atau nak angkat kaki blah aje. Ini cuma cadangan...lain² atas diri sis sendiri. Bwak smua msg bukti ni ke mahkamah syariah. Tuntut la cerai. Da maki hamun berabuk mcm tu klau sis msih brtahan sy risau lpas ni jadi kes polis je lpas ni. Jadi nyaa angkat kaki awal² ye sis. Smga dipermudhkan sgla urusan sis dan jumpa kbhagiaan yg lain.
"Suwh bapak mu ambik " ini lafaz talaq kinayah. Kena tanya suami, apa maksud dia? Nak cerai, jom pergi mahkamah, selesai kan hubungan puan dgn dia. Jika dia tak beri kerjasama, puan ke mahkamah untuk maklumat lanjut. Tak payah simpan lelaki yg suka maki hamun ni. Biar dia tengok langit tinggi ke rendah.
Astagfiruallahalaziim . ni manusia ke haiwan yer , ckp macam tu dkt anak bini, kalau tak rela n tak redha knp kawin dgn perempuan ni , apa laaa. YaAllah , apa punya lelaki lah mcm ni, suka2 nak maki hamun org mcm ni,sy kalau dpt lelaki mcm ni mmg saya hempukkan kepala dia dgn periuk belanga dkt dpur tu . 😡😡
Puan boleh pergi mahkamah syariah. Failkan dekat sana. Sebab ayat dia tu kalau niat memang nak lepaskan dah kira jatuh. Mahkamah je yg boleh tentukan berdasarkan pengakuan dari puan dan suami nanti. Seeloknya pergi lah ke mahkamah puan. Jangan biarkan orang guna bahasa2 macam ni dekat kita lagi2 suami, puan pun mengandung. Siapa salah siapa btl sy tak tahu tapi bahasa yg digunakan tak elok utk jangkamasa panjang. Semoga allah permudahkan urusan puan.
Husband bunyi mcm seorg yg abusive verbally. Dkt isteri mengandung pun berckp takda empati. Fikirkan anak sis. Kesian kalau ank membesar asek dengar mak kena maki dgn bapak. Takut besar nanti dia ikut perangai bapak maki isteri dia pulak sbb dia fikir bapak aku boleh asal aku takleh. Bab jatuh talak tu mmg kena refer mahkamah. Kalau pun one day dia sebut jelas cerai, masih kena refer mahkamah, mahkamah je boleh tentukan.
Allahu melampau nya lelaki mcm ni. "ank mu bin bab*?" dia dh dpt apa dia nak. awk dh ngndung ank dia. kita ni yg rasa perasaan mengndung dri 1st trimester smpai skrg. bawak perut, sakit itu ini. dia senang2 je ckp mcm tu. tk bau syurga lelaki mcm ni. kalau sy , sy mintk pisah je sis. tk respect wanita lgsung. tk jaga hati kita lgsung. dia kawin sbb apa? sbb sedap jeke? smpai hati ckp mcm tu.
mcm ni puan tnya die niat die apa. niat nk ceraikan ke apa. atau ssh sgt bwk bnda ni chat ni p pjbt agama tnya status. biar dorg ambik tindakan smada pggil ke mahkamah jlaskn atau cmne. 1 lg kne tinggalkan xpe lah perihal ank bin apa. jantan cmtu mmg xlayak buat laki. xlayak simpan pon. sis jgn stress2 tau. mntak sokongan kluarga. jgn pendam dan hadapi dgn tenang. in sya Allah. sis akan menang
Choiii tengok sikit muka jantan ni..dia ingat dia power sangat ke? Kalau jantan macam ni, sis blah je lah. Tak untung pun simpan laki macam ni. Tambah dosa kita je memendam rasa, maki hamun dlm diam, kita sebagai isteri pun jadi susah nak redha kalau dapat jantan mcm ni. Keluar je lah sis dari perkhawinan ni.
“ susah bela anak babi “ ? Dia maksudkan diri dia ke ? HAHAHAHAHA Kalau tengok dari gaya ayat tu dah macam ada spare part je tak pun otak dah kena racun dengan someone. Please lari jauh jauh sis masih ada masa tu. 🥹
@tanpanama itulah. karang kalau cakap mcm tu balik kata kurang ajar pulak tapi diri sendiri tu tak tengok 🤭
Ainisyuhada Azmi