Pandai awal

Awal tak bermaksud lebih baik! -Anak dia berjalan pada usia satu tahun, anak mama berjalan pada lapan belas bulan, tidak mengapa.⁣⁣ -Anak dia potty train usia dua tahun, anak mama tidak pandai guna tandas sehingga empat tahun, tidak mengapa.⁣⁣ -Anak dia tahu semua huruf dan nombornya sebelum prasekolah, anak mama pula tidak berminat sehingga usia 4 tahun, tidak mengapa.⁣⁣ -Anak dia tidur sepanjang malam selama tiga bulan, anak mama tidak tidur sepanjang malam sehingga dua tahun, tidak mengapa.⁣⁣ Kerana mencapai tahap perkembangan awal tiada makna apa dalam jangka masa panjang.⁣⁣ Sebab pensyarah tidak tanya umur berapa kamu berjalan baru lulus subjek ini, atau Seorang penemuduga kerja tidak tanya umur berapa kamu potty train masa kecil dulu, baru dapat jawatan tu. Jadi jangan tertekan sebab anak lambat,⁣ dan biarkan anak-anak mama menjadi kanak-kanak di usianya.⁣⁣ ⁣ Jangan tergesa-gesa, biar mereka melalui zaman kanak-kanak mereka,⁣⁣ hingga buat mereka terlepas kerana mereka terlalu sibuk untuk mencapai 'kejayaan' demi 'kejayaan' dari mamanya. ⁣ Awal tak bermakna lebih baik, Hanya bermaksud 'awal'. 🤗

Pandai awal
2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

👌🏻

👍