Suami tak dpt hadir di labour room
Assalamualaikum...sesiapa tahu tak, selain suami teman kita do labour room, katakn tak dapat nak teman, bolehke kita minta grant ibu kita yang temankan dlm lr? Terima kasih
Saya bersalin baru ni di hospital kerajaan siapa pun tak dibenarkan teman. Semua bertarung nyawa berteman doktor & nurse saja. Suami ke ibu kandung tak dibenarkan masuk. Wad pun tak dibenarkan masuk setakat pintu guard saja. Baby pun nurse bawa ke pintu guard masa suami nak tengok & ambil balik uri. Apapun syukur doktor dengan nurse baik baik belaka banyak bantu tenangkan diri ni. Ajar berdoa lagi time tengah sakit. Hospital lain atau swasta taktau la. Ada yang boleh teman ada yang tak. Mungkin boleh tanya awal awal kalau nak diteman suami atau ibu nanti.
Baca lagikena tanya pihak hospital. lain hospital lain procedure. ada hospital rules sgt ketat,suami ke ibu ke memang tak boleh masuk dlm LR. dlm wad pun suami boleh masuk sekejap saja. ada je kes dulu ni suami duk p tumbok doctor laki sbab dia nk doctor pmpuan saja,bini tu dh darurat dah 🤦 ada jgak suami duk p msuk tgk bini org. kes2 mcm ni la jd punca..
Baca lagiIbu atau suami. Msa bersalin anak kedua suami di offshore. Jadi ibu debenarkan. Saya bersalin di KL Women & Children Hospital. Sblum masuk labor room nurse tanya siapa yg akan teman suami atau ibu. Saya bgtau Ibu sebab suami xde kat darat. Jd ibula yg teman sepanjang proses melahirkan tu. Suami jmpa baby msa da hari ke 18..
Baca laginurse ada bgi sy form hritu utk peneman bersalin, dia kata yg boleh temankan hanya suami dan ibu kandung sahaja. selain itu tidak boleh, tapi boleh refer kkia tmpt puan berklinik tu lah, mana tahu di hospital sana lain peraturan..
saya dri anak pertama / kedua suami tak dbenarkan masuk time dlm labour ..melainkan wktu mlwt nk hntr brg itu pon bgntung boleh masuk ke x ..dari 2020 /2021 nii preggy lagi 2022 tak thu la dpt masuk ke tak sebab husb staff hospital 😂
Bergantung kat mana awk bersalin. Lain hospital lain polisi dia sbb after covid ni byk yg dh berubah pulak.. ada yg blh teman kdg² mintak buat test dulu.. cuba tanya² kat misi tmpt awk nk bersalin tu.. sembang² je, dorg ok je
sy baru bersalin , hospital tempat sy mmg xdibenarkan suami atau sesiapa teman . kena tunggu kt luar , lps dah siap berjahit siap susu anak baru blh jumpa suami kt luar bg uri takpun suami blh dtg masa melawat kt wad .
Taksemua hospital lps covid ni dia bg masuk lr tau. Klau bleh masuk pon hanya suami yang sudah buat swabtest terlebih dahuluuu.. cuba tanya hospital yang awak nk bersalin tu mcm mana prosedur dia..
suami saya dia tak berani tengok darah 🤣 so dia tunggu diluar je .. kalau tengok mesti pitam , saya pun taknak mengeruhkan keadaan saya suruh dia tunggu diluar saje 🤭
untungnyaa boleh teman, sy hritu first bersalin lone ranger sbb jaman kobid.. nasib baiklaaa doc2 ngan nurse2 smua baik2... kudos to moms yg sewaktu dgnnya😌