15 minggu(GDM)

Assalamualaikum,mintak maaf,sapa2 ada tahu tak mcm mana sebenarnya nak control gula in pregnant???saya ada masalah GDM,saya skrg cuma ambil ubat sahaja,tapi bila saya makan ubat gula still tinggi 7.5 mcm tu,so every 2 week saya terpaksa pergi klinik now doktor nak suggest saya utk insulin tp control my GDM tapi saya takut sbb first baby pernah gugur sbb insulin atau sbb lain saya xtahu,so boleh x bagi saya cadangan atau pendapat????terima kasih....#mommybuntu #secondbaby

15 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya dulu mmg control makan.. Beras tukat pg beras yg kurang gula. Pastu pagi makan bread 2 keping (inti dia yg xde gula punya.mahal mmg mahal) pastu, pkl 10 mkn buah sebiji jer (depend ngan buah. Ada buah tak boleh banyak) . Then tgh hari makan control gak. Lebih kan syaur, daging kurangkan, nasi kurangkan. Then pkl 3 saya makan lagi sebab breakfast lunch semua portion sikit. So saya buat portion sikit tapi kerap makan. Pkl 3 saya makan bread 1 keping (wholemeal ye, roti biasa tu banyak gula). Lepas dinner no supper. Air putih minum, jgn minum langsung air manis, kopi, teh, air milo etc.. Susu pun minum susu low fat. Tu pun control sebab. Ada gula.. Mmg xde enjoy makan kalau ada gdm.. Sya pun hujung preggy terbabas terpaksa ambik ubat sebab hujung2 tu banyak mengidam. Kek manis..

Baca lagi
VIP Member

sy gdm on diet. Snack smua tu tk ambi dah. Then mkn secara suku/separuh. Elakkan mkn sayur jenis buah tu & elak minuman manis/berwarna, bnykkan minum air putih. Sy minum susu yg dlm kotak tu dutch lady low fat masa breakfast je, tk minum susu utk mengandung sbb gula sy makin naik😅buah2 pn kena pilih sbb ada yg jenis tinggi gula. Sis beli glucose test control tu so boleh control sendiri. Cthnya, lepas 2jam sarapan/lunch atau dinner sis cek bsp. If tinggi maksudnya kuantiti pengambilan makanan yg kita makan sebelum tu kena kurangkan. Masa mkn kena on time. Jgn sesekali skip mkn atau tahan lapar kesian baby dlm perut.

Baca lagi

atas org..puan kena tgk..ada org mkn..gdm naik..ada org..x makan.gdm lagi naik..macam sy..kalau sy tak.mkn..gdm naik.sy pun dua minggu sekali..since 3 bulan..sy amalkan.exersice selepas mkn..kalo yg pg2 tu.sy jalan2 depan umh.baru g amik bacaan gula..jalan2 je..sb kita pregnant.jgn buat aktiviti lasak

Baca lagi

Mcm saya gdm on diet.. Tp saya x diet sgt pun sbb sllu lapar.saya tukar ke beras basmahti, bnyak mkn nasi dlm kuantiti yg sedikit tp kerap. Mkn dgn sayur & ikan.. Saya amal kan mkn minyak kelapa dara.. Minum susu kambing & bnyak minum air masak sehari sebelum bsp..

insulin bkn sebabkan gugur sis, jgn risau.. keguguran blh jd bila gula dlm bdn slalu sgt tinggi dan tk terkawal.. sis cuba tkr cara permakanan smntara blum ambil insulin, andai tak boleh juga, baru ambil insulin n kena teruskan kawal permakanan

Saya GDM jugak. Sehari before BSP memang cut sugar. And malam before puasa tu minum segelas air lemon suam and sebiji epal hijau. Air masak kena minum banyak. Alhamdulillah tak pernah merah pun bacaan BSP. Sebulan sekali je buat BSP

Control nasi. Jgn makan nasi terlalu banyak. Sayur dan buah pun ada sukatannya. Dan kurangkan makan manis mcm air manis, coklat dan seangkatan dgn nya. Banyakkan minum air kosong, terutama sekali air suam. Semoga bermanfaat 😊😊

Minum air kosong banyak2. Walaupun duduk rumah, letak dalam botol air, bawak ke mana2. Ke bilik, ke depan tv. Keep minum. Boleh kawal gula, air kencing pon bersih. 😊

I recommend you to book slot dengan dietitian n dia akan ajar cara kira pengambilan mknn utk seharian. Lain org lain kiraan nya. Around RM60 +- dengan private clinic

VIP Member

Sekarang sis berapa bulan? Cuba sis share sikit macam mana pemakanan harian sis? Mungkin dari situ boleh tahu.. Share ja dlu