Aspek hidup berkualiti bg knk2 autisme

Assalamualaikum, sy nk tnya aspek yang diperlukan oleh knk2 autisme bagi meningkatkan kauliti hidup mereka dr segi aspek komunikasi, rekreasi, sosialisasi & nutrisi n kesihatan. Tq

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Untuk menghasilkan program yang efektif kepada kanak-kanak autisitk, kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti kolaborasi antara pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama, iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak autistik dalam sepanjang perjalanan kolaborasi. Tambahan pula, “pendidikan untuk semua’’ yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanak- kanak berkeperluan khas, termasuklah program intervensi awal untuk kanak- kanak autistik. Ini adalah supaya hak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin, terutamanya dalam persekitaran semula jadi.

Baca lagi