Menyusu mengandung berpuasa

Hi assalamualaikum semua. Saya nk bertanya mengenai keadaan saya pada ketika ini. Buat masa ini saya menyusukan secara Direct Feed baby umur 1tahun 4bulan. Anak saya Menyusu secara on demand. Pada masa yang sama awal Ramadan ini saya disahkan mengandung. Kalau ikut perkiraan kandungan sekarang berusia 4minggu 5hari. Saya ada kegusaran dalam meneruskan berpuasa. Kerana saya mengandung dan menyusu anak pada masa yang sama berpuasa juga. Saya belum ada apa2 alahan setakat ini. badan saya rasa lemah sahaja. Cuma perlukan pandangan perlukah saya meneruskan berpuasa? Bolehkah saya menggunakan rukhsah untuk tidak berpuasa kerana saya risaukan kandungan saya. Appointment doctor lagi 2 minggu sekitar 6 minggu usia kandungan untuk tgk fetal heart beat. Kalau scan sekarang memang belum boleh nampak apa-apa lagi. #mohonbantujawabbunda #Needadvice

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sama mcm saya sis.. Saya masih bf anak 10bulan, now tgh preggy 7w2d.. Saya masih berpuasa walaupun skrg nie ditahap lapar gila2 ada masanya..

9mo ago

ya betul semoga dimudahkan urusan kita semua