Menyusu mengandung berpuasa

Hi assalamualaikum semua. Saya nk bertanya mengenai keadaan saya pada ketika ini. Buat masa ini saya menyusukan secara Direct Feed baby umur 1tahun 4bulan. Anak saya Menyusu secara on demand. Pada masa yang sama awal Ramadan ini saya disahkan mengandung. Kalau ikut perkiraan kandungan sekarang berusia 4minggu 5hari. Saya ada kegusaran dalam meneruskan berpuasa. Kerana saya mengandung dan menyusu anak pada masa yang sama berpuasa juga. Saya belum ada apa2 alahan setakat ini. badan saya rasa lemah sahaja. Cuma perlukan pandangan perlukah saya meneruskan berpuasa? Bolehkah saya menggunakan rukhsah untuk tidak berpuasa kerana saya risaukan kandungan saya. Appointment doctor lagi 2 minggu sekitar 6 minggu usia kandungan untuk tgk fetal heart beat. Kalau scan sekarang memang belum boleh nampak apa-apa lagi. #mohonbantujawabbunda #Needadvice

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

wslm. Cuba puasa dulu. saya this year first time puasa time nyusu. first day mmg lembik bdn dgn anak pula demam cranky sbb gigi nk tumbuh lg ngada lah nk dukung nk attention haa. tp Alhamdulillah 2nd 3rd Allah bg kekuatan utk puasa okay ja. yg penting niat kita and doa kt Allah. Alhamdulillah Allah rezekikan tp harini period so hihi dpt makan dgn anak 😂🤣 tp experience 2 in 1 mcm awak wallahualam. sy pnh puasa awal pregnant Alhamdulillah okay sbb blm sarat. time sarat 35weeks 3 hari ja puasa sbb lepastu gastric teruk smpai masuk ward. so Cuba dulu ya sis insyaAllah

Baca lagi
9mo ago

harapnya saya dpt bertahan dan baby pun kuat aamiinn

Cuba puasa dulu sis. Time sahur makan banyak tapi berpada2. Elakkan makan pedas atau masam2.. If nak rasa lebih kenyang and bertenaga, boleh blend kurma dgn oat campur susu. Macam sy guna susu anmum materna sebab susu ni ada banyak khasiat and boleh meningkatkan penghasilan susu mommy dan juga perkembangan janin. Badan pun rasa bertenaga, and yg penting susu anmum materna ni rendah lemak dan takde gula tambahan. Tapi if tak mampu teruskan puasa and memudaratkan kandungan, better bbuka. Jangan paksa diri, tiap badan tak sama

Baca lagi

kena cuba puasa dulu. Bangun sahur macam biasa, tengok keadaan badan. Kalau dah menggigil, rasa lain & memudaratkan, berbuka je. Kadang ada mommies yang tahan tapi baby dalam perut sebenarnya tak, so kena fikir juga lah 1st trimester ni baby perlu nutrition yang cukup

9mo ago

tu laa ada 2 hari terlajak x bangun sahur tau2 dah subuh.. dengan anak sulung malam2 cranky x tido sampai jam 3 pagi. letih betul.. moga Allah mudahkan

sis cuba dulu ye, alhamdulillah setakat ni sy masih okay berpuasa walaupun loya setiap masa, menyusu ank 2tahun 3bulan dan pregnant 9w.. sy kalau xlarat, sy mandi, terus rasa segar dan boleh tahan smpai waktu berbuka

9mo ago

baik inshaa Allah, saya pun banyakkan rehat dalam aircond dan mandi juga sebab memang letih badan kan.

niat berpuasa dan ambil makanan yang mampu memberi tenaga secukupnya..jika benar² tak mampu, berbukalah agar tidak memudaratkan..qada & fidyah bila dah berkemampuan.

Sama mcm saya sis.. Saya masih bf anak 10bulan, now tgh preggy 7w2d.. Saya masih berpuasa walaupun skrg nie ditahap lapar gila2 ada masanya..

9mo ago

ya betul semoga dimudahkan urusan kita semua

Blh niat cuba puasa dulu, klu btl2 rsa bdan x ok then bbuka. Nti bayar fidyah & ganti puasa kemudian.

9mo ago

terima kasih atas pandangan