Bengkak susu

Assalamualaikum semua, saya nak tanya dalam ni,kenapa yer susu masih bengkak lagi walaupun dah 58hari? Susu sakit lagi setiap kali susu masuk rasa macam kena cucuk2 jarum je,berapa lama susu nak stabil yer? Sakit macam ni nak pegang baby pun susah.

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Waalaikumsalam. Saya semasa menyusu anak pun banyak kali kena bengkak susu. Saya kena sebab ada masalah latching. Kena tengok sebab apa boleh bengkak. Anak kurang menyusu atau oversupply atau faktor lain. Memang kena rajin tuam dengan air sejuk/ air panas. Rajin buat marmet juga. Pernah terbaca ada yang sharing anak dah hampir setahun pun masih kena bengkak susu. Saya cadangkan mommy dapatkan nasihat nurse atau pakar laktasi (kalau mommy hampir dengan Shah Alam boleh ke breastfeeding centre untuk pulihkan bengkak susu)

Baca lagi