Pregnant 6w

Assalamualaikum semua, saya nak tanya ada x yg berpengalaman macam saya . Saya pregnant 6w dalam kiraan calendae sy, tapi 2-3 hari ni saya rase perut sy tak selesa . Rasa macam sengugut biase2 je(sebab sy sengugut agak teruk) lepas tu rasa macam nak period tu. Sy takde rase nk muntah ke apa ke. Normal ke ya ? masa 1st pregnancy sy tak pernah rasa macam ni n sy mula morning sickness agak awal juga . Sy belum ke klinik lagi utk confirm kan pregnant, sbb slalunye 7/8w baru nak confirm kan ?

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Waalaikumsalam, kebanyakkan ibu hamil mengalami pelbagai gejala pada awal kehamilan. Rasa tidak selesa di perut dan rasa seperti sengugut adalah perkara biasa pada peringkat awal kehamilan. Ini disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan anda. Jika anda tidak merasa mual atau tidak muntah, itu pun normal kerana setiap wanita mengalami pengalaman kehamilan yang berbeza. Walau bagaimanapun, jika anda berasa risau, lebih baik untuk mendapatkan pengesahan kehamilan dari klinik secepat mungkin. Klinik boleh membantu anda dengan ujian kehamilan dan memberikan nasihat yang diperlukan untuk memastikan kehamilan anda berjalan dengan lancar. Jangan risau tentang pergi ke klinik pada 6w kehamilan, sebaiknya dapatkan pengesahan secepat mungkin supaya anda boleh mula merancang penjagaan kesihatan dan pemakanan yang betul untuk kehamilan anda. Semoga segala-galanya dipermudahkan buat anda! https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

Kalau boleh awak pergi confirm pregnancy kat klinik swasta cari yg ada TVS scan. Scan dari bawah tu. Saya pergi waktu 5w dah boleh confirm pregnant. Sbb sakit perut ni, tak sama utk semua org. Kdg bila kita dengar org tu cakap normal. Rupanya tu tanda gugur. Sbb pernah jadi dkt saya waktu pregnant 2 tahun lepas.

Baca lagi

Hi, sy dah alami sebelum ni, skrg sy 8 mggu, dah beransur hilang, normal je tu, good luck!

3w ago

awk rasa skejap2 ke mcm mana ya ? and hari2 ke ? sy boleh kata hari hari n akan rasa byk kali . ada rasa macam nk period tu tak ?