Share pengalaman bersalin Czer

Assalamualaikum semua ibu hebat 💕 InsyaAllah saya akan menjalani pembedahan caesarean (czer) pada Jumaat ini, 14/11/2025. Mohon doa daripada semua semoga urusan saya dan baby dipermudahkan Allah, dilindungi dari sebarang komplikasi, dan semoga kami berdua sihat serta selamat, amin ya Rabb 🤍 Saya juga nak mohon perkongsian pengalaman daripada ibu-ibu yang pernah bersalin secara caesarean — ✨ Macam mana persediaan sebelum masuk dewan bedah? ✨ Proses pemulihan selepas czer, cara jaga luka dan posisi menyusu yang sesuai. ✨ Tips berpantang dan bila waktu yang sesuai untuk mula berurut bagi ibu czer. Satu lagi saya nak tanya, bolehkah ibu czer consume pati ikan haruan? Jenis yang macam mana paling sesuai (botol, kapsul, atau rebusan)? Kalau boleh, ibu-ibu yang pernah guna boleh share gambar atau jenama yang selamat dan berkesan ya 🩷 Doakan juga semoga saya kuat dan tenang hadapi semuanya, dan semoga semua ibu yang menanti detik bersalin turut dipermudahkan urusannya. Amin 🤲🏻 #mohonbantujawabbunda #Needadvice #sharing

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Mudahan Allah kurniakan kelahiran yg selamat. 1. Persediaan sebelum: didik diri bertenang, solat hajat, doa, bagi diri segar, rapi (mandi, sikat rambut dll), bagi diri kenyang. Call mak, ayah, mertua, mohon doa kemudahan. Nanti sambung

Baca lagi
1w ago

3. Tips pantang ; saya dah rancang macanana saya nak oantang. Jadi saya tak nak orang lain menyibuk. 😅 Jadi 2 minggu pertama berpantang di rumah mertua untuk suami saya belajar dgn maknya cara uruskan anak. Lepas tu berpantang sendiri. Memasak, sediakan air panas di bilik air, suami yg sediakan. Dah siap list menu simple. Tak payah daun2 akar kayu bagai nak buat mandian, tungku sendiri. Banyak kerja , penat. Kami beli mandian herba boleh guna head to toe, segar je. Guna lotion panas utk param dan pilis, tapi sy jarang guna sbb saya rasa sejuk pulak guna nya. 😁 Lagipun anak menyusu direct feeding, tak nak bau2 herba angin bagai. Saya hampir nak masuk minggu ke 3 baru berurut. Alhamdulillah badan saya ok tak de sengal2 dlm tempoh berpantang. Saya buat slow walk kat luar dlm dan luar rumah. Even di wad lepas bersalin pun saya slow walk ke pantri ambil air. Kerap buat senaman kegel